Thursday, April 29, 2010

Keadilan untuk Aminulrasyid

Pada hari Isnin 26 April, jam 4 petang, saya telah menerima panggilan dari Ustadz Nasaruddin, Pemangku Ketua Pemuda PAS kawasan Shah Alam. Dia memberitahu saya bahawa seorang remaja yang berumur 15 tahun telah ditembak mati oleh Polis di Seksyen 11 Shah Alam awal pagi tadi. Penduduk sedang berkumpul di Surau Seksyen 11 untuk menunggu jenazahnya dan semua menyuarakan ketidak puasan hati atas tindakan Polis. Remaja berkenaan anak salah seorang ahli Qariah yang dikenali masyarakat tempatan.

Mendengar berita tersebut saya pun telah bergegas ke Surau berkenaan dan mendapati sudah ramai berkumpul di situ. Saya melihat ramai di antara mereka terdiri daripada remaja belasan tahun. Sebahagian dari mereka menunggu di luar kawasan Surau sambil sebahagian yang lain berada di dalam kawasan Surau tersebut. Setiba sahaja saya, qamat Salat Asr telahpun didengari dan Salat hendak dimulakan. Saya mengambil wudu’ dan seterusnya menyertai jemaah. Setelah selesai salat, saya mendapatkan penjelasan dari Ustadz Nasaruddin mengenai apa yang telah berlaku. Beberapa orang turut mendengar dan memberi penjelasan termasuk seorang penduduk yang telah menyaksikan sendiri peristiwa berkenaan kerana kereta yang dipandu arwah terbabas di hadapan rumah beliau.

Mengikut keterangan mereka, pada jam lebih kurang 1.30 pagi, beberapa das tembakan telah kedengaran di jalan 11/2. Apabila disiasat, didapati sebuah kenderaan sedang dikejar kenderaan polis. Akhirnya kenderaan yang dikejar terbabas dan melanggar tembuk rumah dan pemandunya, Aminulrasyid Amzah, mati terkena tembakan di kepalanya. Seorang penumpang telah keluar dan berjaya melarikan diri.

Saya kemudianya membuat panggilan telefon kepada Dato’ Khalid, Ketua Polis Negeri dan meminta penjelasan dari beliau. Dato’ Khalid menegaskan bahawa siasatan sedang dijalankan dan anggota polis yang terbabit telah dipindahkan ke kerja-kerja pejabat. Menurut beliau, siasatan dibuat oleh polis Negeri, bukan oleh polis Shah Alam, bagi menjamin ketelusan. Begitu juga tegas beliau, bahawa siasatan dibuat di bawah Kanun Keseksaan 302, iaitu tuduhan membunuh sebagai bukti seriusnya pihak polis ke atas kes ini.

Dalam keadaan

Saturday, April 24, 2010

Birthday Mama


Di kesempatan ini, sungguhpun lambat tetapi lancar sahaja mulut ingin menuturkan selamat ulangtahun yang ke 44 mama! we heart you very muchie okay, sungguhpun empat orang antara kami dan dua lagi di bawah selalu bikin pusing!


haha. may god bless you mama n thank you fer everything! jasamu setinggi gunung, baktimu seluas lautan dan semestinya kau, tiada galang ganti. we love you! <3


Thursday, April 22, 2010

Subhanallah - Solar Storms


The Star Online: "This image provided Wednesday, April 21, 2010 by NASA shows an eruptive prominence blasting away from the sun March 30, 2010 observed by the Solar Dynamics Observatory satellite. NASA on Wednesday unveiled the first images from the new satellite designed to predict disruptive solar storms, and scientists say they're already learning new things. (AP Photo/NASA)"

Sunday, April 11, 2010

SIAPA TAKUT BINI

Haiwan lain kata saya berjiwa rakyat. Memang pun...

Pengikut saya kata, saya mewarisi kehebatan bapa saya. Memang pun...
 
Sesekali kalau saya mengaum, memang menggeletar lutut. Memang pun...
 Saya nampak macam reserve, tapi kalau saya naik darah seekor kuda pun boleh habis saya kerjakan. Memang pun...
 
1hutan mengakui kewibawaan saya okay, malah seantero dunia puji saya. Memang pun...
 
Tapi kalau saya balik rumah, bini saya itu selalu torture saya. Manalah saya tak stress?

* Mak Cik Musalmah Lebar kata: 'Lembik dan selalu terlelap macam dulu pun tak apalah. Janji tak kecut dengan bini'. Aiyo Kak Sal, makan dalam.

Dipetik dari Tehranifaisal.blogspot.com 
Kisah saya tiada kaitan dengan sesiapa, sekiranya Tuan/Puan mendapati ada persamaan dengan sesiapa yang masih hidup atau telah mati, anggaplah ia hanya kebetulan." kata sang Singa.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...