Friday, May 27, 2011

Matahari di atas Ka`bah esok

Alhamdulillah, setiap tahun ada 2 waktu yang telah ALLAH subhanahu wata’ala tentukan kedudukan matahari betul-betul tepat di atas Ka’bah. Fenomena ini dipanggil Istiwa A’zam (Istiwa Utama). Arah Qiblat boleh disemak dengan tepat ketika Istiwa A'zam. Penentuan arah qiblat yang tepat sangat penting kerana ia merupakan antara syarat sah solat samada solat fardhu atau sunat. Jadi umat ISLAM mesti memastikan kedudukan arah qiblatnya tepat mengadap Ka’bah.


Alhamdulillah, dengan ketentuan ALLAH ‘Azza wa Jalla ini, membolehkan umat ISLAM di seluruh muka bumi sejak dahulu hingga hari kiamat memeriksa dan menyemak arah qiblat dengan mudah dan tepat. SubhanALLAH. Bilakah Istiwa A’zam berlaku?

Monday, May 23, 2011

Pakngah warded

Semalam lepas hantar Sarah, kami berkesempatan menziarahi Pakngah di Damai Service Hospital. Katanya, lepas ujian MRI Jumaat lepas, ada slip disc di tulang belakang. So kena buat physio lima hari dari sabtu sampai rabu.

Kami doakan pakngah segera sembuh & dapat bekerja macam biasa.

16 Korban tanah runtuh

Kesemua 25 mangsa yang tertimbus akibat tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Batu 14, Hulu Langat semalam akhirnya berjaya dikeluarkan. Dari kesemua jumlah itu, 16 mangsa meninggal dunia manakala 9 yang lain berjaya diselamatkan. Mangsa terakhir dikeluarkan kira-kira jam 5.05 pagi tadi.

Pasukan mencari dan menyelamat mengambil masa kira-kira 15 jam untuk mengeluarkan semua mangsa.
Operasi yang bermula pukul 2.45 petang semalam, berakhir kira-kira 5.30 pagi ini dengan penemuan mangsa terakhir pada pukul 5.05 pagi.

Tuesday, May 17, 2011

Age is an issue?

Age is an issue of mind over matter
If you don't mind, it doesn't matter

Selamat hari lahir,
Panjang umurmu,
Perbanyakkan amalmu,
Berkat hidupmu,


Terus subur.... kebahagiaan....
di dunia..di sana jua...
Amiin

Saturday, May 14, 2011

Tuesday, May 10, 2011

Hajar @ Amal Islami

Practice makes perfect
Program JAIS, Amal Islami diadakan pada 7 Mei 2011 kali ini bertempat di SRA Sungai Tua. Puteri kedua kami, Hajar mewakili KAFA Al Huda Bt. 11 menunjukkan skil Khat dalam kategori Tahap 2. 2 Tahun lepas Sarah mencuba nasib dalam syarahan Bahasa Arab.

Hajar in action
Menurut Ust Mahama, sifu khat, biasanya pertandingan khat yang menarik paling ramai peserta, dijangka lebih 120 pelajar akan mengambil bahagian dalam dua tahap. Makanya untuk mengekalkan rekod sekolah di mana KAFA Al Huda adalah juara kategori lelaki Tahap 2 peringkat negeri Selangor tahun lepas, latihan intensif diperlukan. Kata Ustaz markah khat 50%, hiasan corak 30% dan bakinya kekemasan.

Ustaz yang mengawasi pertandingan memberikan reaksi positif "Anak enta?InsyaAllah boleh menang."

Kami pun menunggu pengumuman keputusan sampai zuhor tetapi kerana masalah teknikal, juri kena mesyuarat dulu sebelum keputusan pemenang bagi tahap 2 lelaki dan perempuan yang hanya diumumkan pada Selasa. Kami mendoakan KAFA Al Huda bagi kedua-dua kategori terutamanya anak kami Hajar berjaya mendapat tempat pertama dan pergi ke peringkat daerah selepas ini.

Thursday, May 5, 2011

Doa dan keampunan Allah SWT untuk Osama bin Laden

“Jika benarlah Osama bin Laden benar-benar telah dibunuh oleh tentera Amerika Syarikat seperti yang diumumkan oleh Presiden Barrack Obama semalam, maka saya sebagai seorang Islam mendoakan rahmat dan keampunan Allah SWT untuk Osama bin Laden yang merupakan saudara saya di dalam Islam,” kata Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam satu kenyataan.

Tambahnya, itulah yang dituntut oleh Islam sewaktu menerima berita kematian saudara seagamanya. Menurutnya, sebesar manapun kesalahan seorang muslim, jika ia mati dalam keadaan agamanya Islam, keampunan terhadapnya harus dipohon oleh saudara muslim yang lain.

Berikut kenyataan penuh beliau.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...