Friday, September 30, 2011

Kasih ibu


Ini adalah kisah benar tentang pengorbanan seorang ibu ketika gempa bumi melanda Jepun. Ketika gempa bumi telah reda, sewaktu pasukan penyelamat tiba di sebuah rumah yang telah musnah milik seorang wanita muda, mereka terlihat sekujur badan dicelah-celah runtuhan tersebut. Kedudukan bentuk badannya agak pelik seolah-olah dia sedang melutut (seperti orang yg sedang bersembahyang/berdoa), dengan badannye menunduk ke hadapan dan kedua-dua tangannya seperti diampu sesuatu objek. Runtuhan rumah tersebut telah terkena pada bahagian belakang dan kepalanya.

Wednesday, September 28, 2011

Persiapan sambut jemaah haji sedang rancak

Segala persiapan untuk menyambut ketibaan jemaah haji Malaysia bagi musim haji tahun ini berjalan rancak dengan pelbagai langkah diambil bagi menjamin keselesaan sepanjang tempoh mereka menjalankan ibadah di Madinah.

Pegawai Operasi Haji di Madinah Shahrunnajmi Basharuddin berkata pengurusan Tabung Haji sudah mula memantau tempat penginapan, selain membuat persediaan rapi dalam urusan pelbagai aspek lain seperti penyediaan pusat rawatan serta perancangan dari segi program ziarah dan penyediaan makanan untuk bakal-bakal haji.

Beliau berkata lebih separuh daripada 28,000 jemaah haji Malaysia tahun ini akan berada di Madinah terlebih dahulu sebelum mereka berlepas ke Mekah untuk mengerjakan umrah dan haji.

Thursday, September 22, 2011

Royal Institute of Surveyors Malaysia (RISM)

KUALA LUMPUR 15 SEPT : Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan menyampaikan watikah kepada Institut Juruukur Malaysia (ISM) berikutan pengurniaan status diraja kepada institusi berkenaan pada 28 Mac lepas.

Institut itu kini dikenali sebagai Institut Juruukur Diraja Malaysia (RISM). ISM website.

Watikah itu disampaikan oleh Sultan Selangor kepada Presiden RISM Ahmad Fauzi Nordin pada upacara rasmi pengurniaan status berkenaan dan majlis makan malam sempena ulang tahun ke-50 ISM malam Rabu. Ahmad Fauzi, dalam ucapannya, berkata RISM akan terus berusaha menjadi organisasi profesional bertaraf dunia.

“Selaras dengan pengurniaan status diraja kepada institut ini, kami berikrar mendokong profesionalisme ke tahap tertinggi pada setiap masa,” katanya.

Bersempena dengan majlis itu, institut berkenaan turut menganugerahkan ‘Malaysian Surveyor of the Year’ kepada Ketua Pengarah Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) Profesor Datuk Dr Abdul Kadir Talib.

Tuesday, September 13, 2011

Hajar @ UPSR starting today

Untuk anak kedua kami Siti Hajar, selamat menduduki perperiksaan UPSR bermula hari ini 13 September 2011 dan PSRA bermula minggu hadapan.

Buatlah yang terbaik dan sedaya upayamu manakala selebihnya bertawakkal kepada Allah, Pemberi kejayaan.

Ingatlah pesanan ini: bacalah surah Alam Nasyrah ketika mula memasuki kelas dan ketika menunggu bermulanya perperiksaan. Bersolawat ketika terlupa. Bersyukur dengan menyebut Alhamdulillah bila selesai menjawab semua soalan.

Doa ibu dan abah mengiringi kejayaanmu.


Pesan Cikgu Mala: "Selamat menempuh peperiksaan UPSR kepada semua murid, diharapkan mereka dapat menjawab soalan dengan penuh semangat, berkeyakinan untuk memenuhi harapan ibu bapa dan guru-guru," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Normala Sudirman adalah Pengerusi Lajnah Pendidikan Dewan Muslimat PAS Pusat yang juga merupakan bekas guru dan lebih dikenali dengan panggilan Cikgu Mala berkata, di samping mengejar kecemerlangan akademik, pelajar-pelajar juga harus mengutamakan kecemerlangan akhirat dengan mengaplikasikan ilmu yang diperoleh dalam kehidupan seharian.

Monday, September 5, 2011

Eid Mubarak


Mungkin belum terlambat rasanya kami mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua umat Islam khasnya kepada pengunjung Nani's Place. Semoga Allah menerima amalan sepanjang Ramadhan yang lepas dan diberi rezeki untuk ketemu lagi Ramadhan di tahun hadapan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...