Monday, October 31, 2011

Syurga di bawah tapak kakimu



Oktober 1939 mak lahir ke dunia , tetapi tarikh sebenar tidak diketahui sesiapa- kecuali arwah atuk dan nenek. Apa yang direkodkan di dalam surat beranak mak hanya Okober 1939. Selamat Hari Jadi buat mak - Hajjah Petimah @ Hamidah binti Abas, semuga terus tabah, tenang dan sentiasa dalam lindungan dan rahmat  Allah, sebagaimana tenangnya hidupmu selama ini,sebagaimana berhikmahnya nasihatmu kepada kami - hidup ini ujian dan persinggahan , tujuan dan matlamat kita hanya untuk hidup mewah di akhirat.  Terima kasih mak kerana membesarkan kami dengan penuh kasih sayang, tak syak lagi -syurga di bawah tapak kakimu.

Tuesday, October 11, 2011

Isu pelaksanaan hukum hudud

Rangkaian gerakan Islam ABIM-PKPIM-WADAH merakamkan rasa terganggu dan terkilan dengan gejala sikap kurang bertanggungjawab dalam menyikapi isu hudud yang kembali dipolemikkan dan dipolitikkan sebagaimana tercermin dalam kenyataan-kenyataan pelbagai pihak, termasuk yang mengeksploitasikannya dengan motif semata-mata untuk kepentingan politik sempit,  juga yang menanggapinya secara dangkal, nakal dan provokatif.

Isu penting dan berimplikasi besar ini seharusnya ditanggapi dan disikapi dengan rasa tanggungjawab keagamaan, amanah keilmuan, dan kesedaran kewarganegaraan sesuai dengan nilai-nilai budaya bangsa yang bertamadun dan beradab.

Bagi kaum Muslimin yang menginsafi hakikat bahawa al-Islam adalah al-din yang harus diterima secara kaffah, utuh dan menyeluruh (aqidah dan syariatnya), pelaksanaan hukum hudud adalah suatu tanggungjawab keagamaan. Justeru,ia adalah bahagian daripada undang-undang jenayah (al-'uqubat) yang menjadi salah satu komponen utama syari`at Islam.

Friday, October 7, 2011

Hajar is 12


The child was born,
parents were blessed
and... I am so lucky to have you as my daughter.

You grow sweeter with each passing year,
you are my one true treasure,
and... I am so proud to have you as my daughter.

I see a little more of me in you
in each passing year,
you've been a wonderful daughter and slowly turn to be my true friend
but.. most of all,
no matter how many birthdays come and go,
you'll  always be my little girl.

Happy 12th Birthday to our daughter,

Sannah Helwah ya Siti Hajar...

Thursday, October 6, 2011

Ustaz Azhar di UIA: "Tangan jahat" ganggu program

Alhamdulillah, seinfiniti kesyukuran kepada Allah atas rezekiNya yang melimpah-limpah untuk hambaNya. Malam Jumaat bertarikh 30 September menjadi sejarah bagi mahasiswa UIAM apabila kehadiran lebih kurang 4000 ke majlis kuliah Ustaz Azhar Idrus mendapat sambutan yang hangat. Fenomena Ustaz Azhar Idrus telah menarik Persatuan Mahasiswa Terengganu untuk merisik beliau sejak bulan Februari yang lepas lagi.


Dengan kerjasama kelab yang giat dalam aktiviti dakwah, Ma'ruf Club, program ini diluluskan oleh pihak pentadbiran UIAM pada awal semester ini. Masjid SHAS UIAM bakal menjadi sasaran mahasiswa bahkan seluruh masyarakat dan peminat Ustaz Azhar Idrus daripada seluruh negara. Promosi digiatkan di masjid-masjid sekitar Gombak menghebahkan kedatangan seorang ulama terkenal ke Masjid UIAM.

Sehari sebelum program, pihak Ma'ruf Club dikejutkan dengan penarikan balik kelulusan tempat program iaitu Masjid SHAS yang boleh memuatkan 6,000 orang. Dalam masa berbaki, pihak pentadbiran UIAM cuba membantu dan hanya meluluskan tempat di Experimental Hall yang mampu memuatkan seramai 300 orang. Berita tersebar dengan cepat di alam maya Facebook menyebabkan mahasiswa mula tidak berpuas hati.

Tuesday, October 4, 2011

Ustaz Azhar Idrus

Bismillah...
Ulamak tersohor ini amat dikagumi. Ke mana-mana beliau pergi menyampaikan ceramah atau majlis ilmu, pasti masjid atau dewan akan penuh.Tak percaya - tengoklah foto-foto ceramah beliau yang baru-baru ini diadakan di UIA,Gombak.

Walaubagaimanapun,ceramah beliau yang sepatutnya diadakan di masjid UIA yang besar lagi indah itu, telah terpaksa ditukar lokasinya ke sebuah dewan UIA oleh tangan-tangan yang tidak mahu Islam yang syumul berkembang. Alhamdulillah, ceramah berjalan lancar walaupun dewan tersebut hanya dapat memuatkan sekitar 300 orang sahaja.

InsyaAllah, Ustaz Azhar akan menyampaikan ceramah beliau di Melaka pada 10 dan 11 Oktober ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...