Wednesday, May 16, 2012

Perutusan Hari Guru 2012

Sempena sambutan Hari Guru 2012, Parti Islam Se-Malaysia (PAS) ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan dan penghargaan kepada semua guru di atas segala pengorbanan dalam mendidik anak bangsa menjadi insan berguna. Guru merupakan golongan yang paling penting dalam pembangunan sesebuah negara. Bahkan Islam mengiktiraf peranan guru sebagai murabbi. Quran menegaskan betapa tingkatan taraf kemanusiaan diangkat oleh Allah melalui dua unsur iaitu keimanan dan keilmuan. FirmanNya: "Sesungguhnya Allah mengangkat darjat orang yang beriman di kalangan kamu dan mereka yang diberi ilmu dengan beberapa darjat."

Keimanan dan keilmuan adalah dua eleman utama manusia diangkat darjat oleh Allah. Benarlah kata kata Saidina Ali bilamana ditanya manakah yang kamu inginkan antara harta dan ilmu.

Lalu jawab Saidina Ali: "Aku akan mengambil ilmu."

Bilamana ditanya kenapa ia memilih ilmu lalu jawab Saidina Ali:

Tuesday, May 8, 2012

Its Your Day, Abah

Alhamdulillah.... meningkat setahun lagi umurmu ... Semalam 7 May 2012 genap yang ke 43 tahun. Yang pasti, bila umur meningkat ke four figure ni, makin banyak tuntutan dan tanggungjawab yang terpikul di bahu sesiapa jua... ya, sesungguhnya tanggungjawab kita lebih banyak daripada masa yang kita ada....dan semakin meningkat usia, semakin sedikit masa yang kita ada. Semuga dirimu terus tabah, cekal dan mampu memikul amanah ini dengan sebaiknya, mengemudi kapal di laut dalam yang penuh cabaran ini selamat sampai ke destinasinya... InsyaAllah... Selamat Hari Lahir...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...