Friday, March 13, 2015

Ihtifal Sukan 2015 (Updated)

Add caption

Updated Alhamdulillah, segala puji bagi Allah S.W.T kerana dengan Limpah KurniaNya, atlet-atlet SERI Al Huda telah berjaya memperoleh beberapa buah pingat sempena dengan Majlis Ihtifal Sukan Kebangsaan SERI/SEMI YTP kali ke-15 yang diadakan pada 13 Mac yang lalu. Berikut adalah pingat yang dimenangi oleh mereka:-
Emas : Renang Lelaki - Amirul Hakimi
Perak : Lontar Peluru Lelaki dan Badminton Beregu Perempuan
Gangsa : Lari 4x100m Lelaki, Ping Pong Perseorangan Lelaki dan Ping Pong perseorangan Perempuan
Sekalung tahniah kepada murid yang telah berjaya, juga tidak lupa ucapan terima kasih buat guru selaku jurulatih dan ibu bapa yang sentiasa membantu. Kepada yang kurang berjaya, janganlah berputus asa. Sesungguhnya usaha anda amat kami hargai...

Amirul in action
-------------------------------------

IHTIFAL SUKAN KEBANGSAAN SERI/SEMI YTP KALI KE-15 akan diadakan pada 13 hingga 16 Mac 2015 (Jumaat hingga Isnin) di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Murid-murid telah menunjukkan kesungguhan untuk memperoleh kejayaan dalam setiap sesi latihan yang telah diadakan semenjak sebulan yang lalu. Kerjasama yang diberikan oleh guru sebagai jurulatih, dan ibu bapa yang sering membantu telah mencetuskan semangat kesukanan untuk murid-murid ini menempa kejayaan.

Pihak sekolah Seri Al Huda (http://www.serialhuda.edu.my/v0/index.php) amat mengharapkan doa dan restu daripada semua guru dan ibu bapa agar pemergian atlet-altet ini diiringi dengan doa agar perjalanan mereka selamat dan kembali dengan sebuah kemenangan yang cemerlang. Seramai 46 orang atlet dan 14 orang guru pengiring akan bertolak ke Pulau Pinang pada 13 Mac 2015 (Jumaat) dengan sebuah bas dan 3 buah kereta. Acara yang disertai ialah futsal, bola jaring, acara balapan, lontar peluru, lompat jauh, badminton, ping pong, renang dan catur. Iringilah kami dengan doa dan restu anda, semoga ia menjadi suatu ibadah dan kenangan yang terindah buat kami.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...