Monday, November 2, 2015

Bittaufiq wannajah - Sarah @ SPM 2015


"Ya Allah, kepada anak kami Siti Sarah, khususnya dan anak2 muslimin yang lain amnya yang akan menduduki peperiksaan dan yang sedang mendudukinya dan yang sudah mendudukinya, KUATKAN INGATAN MEREKA, lapangkan dada mereka, TENANGKAN HATI MEREKA, tajamkan pemikiran mereka, MUDAHKAN MEREKA MEMAHAMI SOALAN dan mudahkan mereka menjawab soalan, JADIKAN ILMU MEREKA BERMANFAAT buat mereka dan dapat MENEBUS DIRI MEREKA DI AKHIRAT KELAK. Amiin"

Bittaufiq wannajah
---------------------------------------------------------------------

KUALA LUMPUR - Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2015 bermula di seluruh negara hari ini didahului subjek Bahasa Melayu Kertas 1 dan 2.

Sejumlah 440,682 calon berdaftar untuk peperiksaan itu yang berlangsung di 3,501 pusat peperiksaan di seluruh sehingga 8 Disember.



Sunday, September 13, 2015

Benefits of extra virgin olive oil


Compared to other kinds of fat, extra virgin olive oil may have healthier effects on levels of blood sugar and bad cholesterol after meals, according to an Italian study.
That may explain why a traditional Mediterranean diet rich in olive oil is linked to lower risk of cardiovascular disease, researchers say.
“Lowering (post-meal) blood glucose and cholesterol may be useful to reduce the negative effects of glucose and cholesterol on the cardiovascular system,” lead study author Francesco Violi, a researcher at Sapienza University in Rome, said by email.
Violi and his colleagues tested the effect of adding extra virgin olive oil (EVOO) to a Mediterranean diet based on fruits, vegetables, grains and fish, with only limited consumption of dairy or red meat.

Tuesday, September 8, 2015

All the best Amirul!


Untuk anak bujang sulung kami Amirul Hakimi, selamat menduduki perperiksaan UPSR bermula hari ini 8 September 2015 dan PSRA tiga minggu lagi.

Buatlah yang terbaik dan sedaya upayamu manakala selebihnya bertawakkal kepada Allah, Pemberi kejayaan. 

Ingatlah pesanan ini: bacalah surah Alam Nasyrah ketika mula memasuki kelas dan ketika menunggu bermulanya perperiksaan. Bersolawat ketika terlupa. Bersyukur dengan menyebut Alhamdulillah bila selesai menjawab semua soalan.

Doa ibu dan abah mengiringi kejayaanmu.

Monday, August 17, 2015

Persoalan ‘Dominasi PAS dan Melayu Islam’


Dalam tulisan saya sebelum ini, saya telah rumuskan bahawa punca perbalahan dalaman PAS baru baru ini adalah ketidak-selesaan pimpinan utama terhadap keadaan PAS yang tidak dominan dalam PR. Akan tetapi saff pimpinan AJK PAS Pusat lama terlalu pro-PR dan tidak melihat persoalan ini sebagai masalah yang mewajarkan PAS keluar dari PR. Begitu juga sikap kebanyakan ahli pada ketika itu dilihat terlalu pro-PR. Maka suasana ini ditangani dengan diubah saff pimpinan dengan yang lain dan dikeruhkan hubungan PAS dan PR supaya ahli PAS turut mempertikaikan PR.

Memandangkan persoalan ‘dominannya PAS’ begitu utama sehingga menyebabkan PAS berpecah, adalah amat penting untuk semua, lebih-lebih lagi ahli PAS, memahami persoalan ini dengan baik dan jelas. Jika tidak, maka ianya bakal mengundang perbalahan sekali lagi pada masa hadapan, lebih-lebih lagi sekiranya pembentukan kerajaan bersama PR di peringkat Pusat menjadi satu realiti.

‘DOMINANNYA PAS’ KE ATAS PR

Bagi saya, isu ‘dominannya PAS’ ke atas PR sememangnya merupakan isu penting. PAS perlu memimpin dan tidak ‘dipimpin’. Tetapi persoalannya, adakah kepimpinan itu semestinya mengambil bentuk ‘dominasi’ seperti yang berlaku di antara UMNO dan BN? Tidakkah ‘kepimpinan bersama’ dan ‘kerajaan melalui konsensus’ memadai?

Melalui kaedah ‘memimpin bersama’ dan ‘kerajaan melalui konsensus’, persoalan ‘dominasi’ mana-mana pihak ke atas pihak lain dalam PR sudah terhalang. Melalui kaedah ini, persetujuan perlu diperolehi dari parti yang mempunyai jumlah kerusi terkecil sekalipun sebelum sesuatu dasar dapat dilaksanakan. Yang mempunyai jumlah kerusi terbanyak pula tidak boleh melakukan sesuka-hati. Pendek kata, dengan adanya kaedah ini, tidak mungkin sesuatu dilakukan tanpa persetujuan semua, termasuk persetujuan PAS!

Tidakkah itu memadai sebagai ‘jaringan keselamatan’ untuk semua parti yang terlibat dalam PR? Semestinya semua parti risau akan kemungkinan mereka didominasi dan pandangan mereka tidak diambil kira. Itulah sebabnya dipilih kaedah dan pendekatan sebegini.

Sunday, June 7, 2015

SEKOLAH AGAMA BUKAN HOSPITAL


 Tiada yang enak pada memperkatakan tentang masalah agamawan semasa. Masalah agamawan hari ini adalah masalah masyarakat kita 20 tahun yang lalu. Kita sedang menuai hasil usaha kita yang dahulu.
Jika anak sakit fizikal, kita pandai menghantarnya ke rumah sakit. Ke hospital. Kita tidak hantar ke sekolah menengah sains, jauh sekali ke fakulti perubatan. Sekolah menengah sains dan fakulti perubatan adalah tempat melahirkan doktor. Bukan tempat merawat pesakit.
Apabila sekolah menengah sains dan fakulti perubatan penuh dengan orang sakit, sekolah dan fakulti akan lari fokus. Kerjanya mengajar biologi, kimia, fizik, bahasa, dan mendisiplinkan pelajar agar tinggi integriti apabila menjadi doktor nanti. Tetapi dek ramai pesakit di sekolah dan fakulti, kampus penuh kuman. Hingga yang sihat pun sakit sama. Beberapa tahun kemudian, lahirlah doktor yang sakit, berpenyakit, penyakit berjangkit, dan menjangkit penyakit kepada pesakit dan orang yang tidak sakit.

Wednesday, April 29, 2015

Hidup Ini Bernafaskan Cinta Kasih

kasih
Prof Madya Dato’ Dr Mohd Asri Zainul Abidin
(sertai facebook DrMAZA.com dan twitter realDrMAZA)
Perkataan rahmat yang digunakan dalam bahasa kita berasal dari bahasa Arab. Rahmah dari kata rahima yang bermaksud kasih atau kasihan belas. Dari perkataan ini lahirnya perkataan rahim (womb), perkataan ar-Rahman dan ar-Rahim dari akar rahima ataupun rahmat dalam bahasa kita dan lain-lain lagi.
Hidup ini dibina atas cinta dan rahmat. Tanpa cinta dan kasih hancurlah kehidupan. Justeru surah-surah dalam al-Quran kesemuanya –kecuali Surah at-Taubah- bermula dengan basmalah iaitu ‘dengan nama Allah ar-Rahman (Yang Maha Pengasih) Lagi ar-Rahim (Maha Penyayang)’. Hubungan Tuhan dengan manusia serta alam keseluruhannya berasaskan cinta dan kasih. Hubungan manusia dengan Tuhan juga berasaskan cinta dan kasih. Mencintai Tuhan adalah asas dalam keimanan. Sesiapa yang membenci Tuhan maka dia tidak beriman.

Dakwah Atas Rahmat

Tuhan jadikan belas kasih dan sayang sebagai asas kehidupan yang sejati. Ketika membicarakan tentang Nabi Muhammad s.a.w, Allah menyebut: (maksudnya)
“Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang rasul dari golongan kamu sendiri, yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat inginkan kebaikan bagi kamu, (dan) dia pula kepada orang-orang yang beriman sangat belas sayang dan sangat rahmat (kasih) (Surah at-Taubah, 128).
Ertinya, dakwah Nabi s.a.w tidak bermula kebencian kepada mana-mana kumpulan yang tidak melancar permusuhan kepada ajaran Allah. Tidak seperti anggapan bahawa kebencian adalah asas hubungan antara muslim dengan Barat ataupun Timur, dengan Yahudi ataupun Kristian, dengan secularist ataupun agnostic ataupun selain mereka. Asas hubungan muslim dengan pihak lain bukan dengan slogan ‘permusuhan’ ataupun ‘kebencian’ seperti yang difahami oleh sesetengah pihak. Sebaliknya ia berasaskan misi Nabi s.a.w : (maksudnya)
“Kami (Allah) tidak utuskan engkau (Wahai Muhammad) melainkan rahmat untuk sekelian alam” (Surah al-Anbiya 107)
Suami Isteri

Friday, March 13, 2015

Ihtifal Sukan 2015 (Updated)

Add caption

Updated Alhamdulillah, segala puji bagi Allah S.W.T kerana dengan Limpah KurniaNya, atlet-atlet SERI Al Huda telah berjaya memperoleh beberapa buah pingat sempena dengan Majlis Ihtifal Sukan Kebangsaan SERI/SEMI YTP kali ke-15 yang diadakan pada 13 Mac yang lalu. Berikut adalah pingat yang dimenangi oleh mereka:-
Emas : Renang Lelaki - Amirul Hakimi
Perak : Lontar Peluru Lelaki dan Badminton Beregu Perempuan
Gangsa : Lari 4x100m Lelaki, Ping Pong Perseorangan Lelaki dan Ping Pong perseorangan Perempuan
Sekalung tahniah kepada murid yang telah berjaya, juga tidak lupa ucapan terima kasih buat guru selaku jurulatih dan ibu bapa yang sentiasa membantu. Kepada yang kurang berjaya, janganlah berputus asa. Sesungguhnya usaha anda amat kami hargai...

Amirul in action
-------------------------------------

IHTIFAL SUKAN KEBANGSAAN SERI/SEMI YTP KALI KE-15 akan diadakan pada 13 hingga 16 Mac 2015 (Jumaat hingga Isnin) di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Murid-murid telah menunjukkan kesungguhan untuk memperoleh kejayaan dalam setiap sesi latihan yang telah diadakan semenjak sebulan yang lalu. Kerjasama yang diberikan oleh guru sebagai jurulatih, dan ibu bapa yang sering membantu telah mencetuskan semangat kesukanan untuk murid-murid ini menempa kejayaan.

Pihak sekolah Seri Al Huda (http://www.serialhuda.edu.my/v0/index.php) amat mengharapkan doa dan restu daripada semua guru dan ibu bapa agar pemergian atlet-altet ini diiringi dengan doa agar perjalanan mereka selamat dan kembali dengan sebuah kemenangan yang cemerlang. Seramai 46 orang atlet dan 14 orang guru pengiring akan bertolak ke Pulau Pinang pada 13 Mac 2015 (Jumaat) dengan sebuah bas dan 3 buah kereta. Acara yang disertai ialah futsal, bola jaring, acara balapan, lontar peluru, lompat jauh, badminton, ping pong, renang dan catur. Iringilah kami dengan doa dan restu anda, semoga ia menjadi suatu ibadah dan kenangan yang terindah buat kami.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...