Tarikh: 5 Januari 2004. Sarah sudah bersedia dengan menyandang beg kuning untuk memulakan alam persekolahan walau masih secara informal. Kakak akan memasuki kelas 6 tahun Tadika Islam Nurul Yakin di TDS. Pada hujung tahunnya, kakak berjaya mendapat tempat pertama keseluruhan dan bermulalah detik-detik kegemilangan bagi kami sekeluarga. Jejak-jejak yang ditinggalkan di akademia nampaknya sudah mula disusuri, dipelopori oleh kakak.
Tarikh: 2 Januari 2011. Fast forward 7 years. Hari ini sungguh kakak akan mula tinggal berjauhan dari kami. Tak jauh sangat pun, cuma 30 minit perjalanan melalui NPE, New Pantai Expressway ke USJ 5, Subang Jaya. Tapi satu lembaran baru akan bermula kerana hari ini, Ahad, kakak akan mendaftar diri di Sekolah Agama Menengah Bestari (SAMBEST) meneruskan persekolahan dalam Tingkatan 1, kelas Al Farabi. Seperti dijangka, Sarah seorang sahaja dari SERI Al-Huda yang menyambung persekolahan ke SAM Bestari, walaupun seramai 5 orang mendapat tawaran ke sini. Sekali lagi kakak gusar, kami segera menenangkannya dengan alasan nanti dapat kawan baru... alasan umum yang diberi oleh ibu bapa lain. Ini satu milestone dalam diari akademik kakak sekaligus mengembalikan nostalgia hampir 30 tahun lampau. Sedar tak sedar kini satu persatu lipatan sejarah dan pengalaman lama dirungkai pantas oleh derupan langkah kakak.
Sewaktu mendaftarkan diri minggu lepas, terpacul kata-kata ini dari kakak "Ibu, kakak takutlah nanti kalau dapat nombor last sekali dalam kelas".
"Kenapa pulak, takkanlah kakak dapat nombor last sekali".
"Tapi kalau dapat nombor last sekalipun, apa salahnya kalau peratus markah kakak nanti lebih kurang sama dengan murid yang dapat nombor 10".
Kakak hanya tersenyum.
Masa begitu pantas berlalu, kini sudah 10 hari Kakak berada di Asrama Puteri SAM B. Ketiadaan kakak tidak mengurangkan sedikit pun keceriaan Ariff & Amirul. Kami paling terasa kesunyiannya. Tugas-tugas seharian membantu mengurangkan kerinduan pada kakak."Kenapa pulak, takkanlah kakak dapat nombor last sekali".
"Tapi kalau dapat nombor last sekalipun, apa salahnya kalau peratus markah kakak nanti lebih kurang sama dengan murid yang dapat nombor 10".
Kakak hanya tersenyum.
"Jangan risau, selalunya pelajar lelaki yang akan dapat nombor last sekali ", kata abahnya. Kata-kata semangat yang berunsur negatif ini lucu juga pada saya, tapi ada kebenarannya.
SELAMAT MEMULAKAN ALAM PERSEKOLAHAN BERASRAMA KAKAK DAN KUATKAN SEMANGAT, TABAHKAN HATI DALAM MENEMPUH SEGALA RINTANGAN.
Just like what's written in your blog "Nothing Even Matters", so go to where the SUCCESS is and may Allah be with you, and us.
No comments:
Post a Comment