Showing posts with label Sultan Selangor. Show all posts
Showing posts with label Sultan Selangor. Show all posts

Friday, September 26, 2014

PAS 'menang boo, jawatan tergadai'


PAS tidak percaya kemerosotan undinya di Pengkalan Kubor angkara tiada sokongan Pakatan Rakyat. Bagi pemimpinnya Tuan Ibrahim Tuan Man, penambahan majoriti BN disebabkan gula-gula politik dan pengundinya dari luar daerah yang tidak kembali ke Kelantan.

Kerusi ini kembali ke tangan PAS atas alasan PKR tiada jentera di situ; lagi pula ia "dipinjamkan" kepada sekutunya. Demikian hujah PAS sewaktu PKR di Kelantan dan Terengganu berasa disisihkan dalam gabungan itu.

PAS percaya jika ia bertanding, ia boleh mengurangkan majoriti BN di kubu kuat Umno itu. Namun, akhirnya kerusi yang ditagihnya tidak membawa kesan positif, sebaliknya menjadi beban pula.

Apa pun hujahnya, seperti disuarakan oleh naib presiden PAS, ia tidak dapat mengelakkan tanggapan umum bahawa kemerosotan itu juga boleh disandarkan pada reputasi PAS dan Pakatan yang tercalar dalam krisis Selangor.
PAS juga dilihat tidak istiqamah dengan keputusan awalnya dalam krisis menteri besar - walaupun muktamar di tengah-tengah krisis tersebut berslogankan 'Terus Beristiqamah'.

Presidennya Abdul Hadi Awang mengambil tiga keputusan yang "pelik" – daripada mencalonkan presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail dan timbalannya Azmin Ali kepada "akur keputusan istana" tetapi kemudian mencalonkan wakil-wakil rakyatnya sendiri.

Wednesday, April 10, 2013

Sultan Selangor perkenan rasmikan SAMBEST - sekolah Sarah



SUBANG JAYA, 4 APRIL : DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah melahirkan kegembiraan apabila bilangan masyarakat Islam yang menghantar anak-anak ke sekolah aliran agama semakin meningkat.

Baginda bertitah, permintaan yang semakin tinggi saban tahun itu jelas menunjukkan bahawa sekolah aliran agama mula mendapat kepercayaan daripada masyarakat di negeri ini.


Titah baginda, sekolah aliran agama bukan sahaja bakal melahirkan pelajar Islam yang berdedikasi dan berhemah tinggi bagi memartabatkan agama Islam, malah kelak akan memenuhi permintaan institusi pengajian tinggi Islam yang terdapat di negara ini.

Monday, March 28, 2011

Kunjungan hormat adinda Sultan Selangor

Lawatan singkat Y.A.M Tengku Sulaiman Shah Ibni Al-Marhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ke Pasaraya Halal HPA pada 23hb March 2011.

Baginda Sultan Selangor adalah anak sulung. Adik-beradik yang lain ialah Tengku Puteri Sofiah, Tengku Sulaiman Shah (Tengku Panglima Diraja Selangor), Tengku Puteri Seri Zanariah, Tengku Abdul Samad Shah (Tengku Panglima Besar), Tengku Puteri Arafiah dan Tengku Puteri Aishah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...