Showing posts with label Astro. Show all posts
Showing posts with label Astro. Show all posts

Monday, October 29, 2012

Fenomena Ust Azhar Idrus


Kali ni InsyaAllah program Kemah Keming Ustaz Azhar Idrus akang ditayangkang di salurang 106 Astro Oasis bermula November 2012. Promo program - Fenomena Ust Azhar Idrus - boleh disaksikang dalam salurang yang sama mula ditayangkang sejak beberapa hari yang lepas.

Dulu dah diwar-warkang program ini akang ditayangkang bulang Julai lepas tapi tak jadi pulok.

Friday, January 15, 2010

Uwan and B'yond

Seusai installer Astro mengupgrade astro analog ke b'yond tengaharinya, Uwan, Hajjah Akidah Abdul Hamid tiba lagi untuk ke sekelian kalinya ke rumah petang semalam. Uwan dijemput oleh brother Haris yang pulang ke kampung bersama abah, mak and future astronaut, Ariff (baru-baru ni Amirul pun cakap nak jadi angkasawan jugak).

Dalam usia mencecah b'yond 90 tahun (lahir 1920), Uwan kelihatan masih bertenaga walau jelas wajahnya yang dimamah usia. Baru sebulan lepas kami mendapat panggilan dari abah, Uwan demam dan dikejarkan ke hospital KP tapi suspen tu tak berpanjangan (kami sedang bersiap-siap ke SP masa tu) andak Sulan cuma membawa Uwan ke klinik. Semalam Uwan mengadu lantai simen rumah baru yang dibina di tapak runtuhan (ciss!) rumah pusaka terlalu sejuk menyebabkan kaki kebas dan kejang, so mungkin itu punca orang tua tu demam. Uwan kini hanya pasrah dan retreat ke rumah usang saki baki rumah pusaka lama dulu.

Baca entri dari kacamata halym di sini. Soalnya, apa tujuan rumah baru tu dibuat?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...