Thursday, October 22, 2009

Syukran.....Titian Wahyu, Mentor Mentee EMAS

Majlis Ihtifal Mentor Mentee Emas dan jamuan makan malam hari sabtu lepas 17/10/09 telah berjaya dilaksanakan hasil penat lelah jawatankuasa EMAS Bereau, Titian Wahyu, UIAM di CAC. Ucapan terima kasih memang tidak memadai untuk ibu bapa sampaikan kepada mentor (pelajar Kelab Titian Wahyu UIAM) kerana sepanjang tahun 2009 ini mereka telah banyak menyumbangkan tenaga dan  masa untuk mendidik anak-anak SERI Al- Huda.


Setiap program yang dilaksanakan (kebanyakannya di UIA) mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelajar. Modul yang diketengahkan merangkumi 3 subjek akademik utama iaitu E - English, MA - Matematik dan S- Sains tetapi disampaikan dalam suasana  lebih santai dan lebih banyak aktiviti luar, eksperimen...


   dan sebagainya menjadikan anak-anak SERI Al-Huda tak sabar-sabar untuk menyertainya pada setiap program yang telah ditetapkan tarikhnya dalam taqwim sekolah. Tak terkata saya bila meneliti  ucapan Puan Martinelli pada malam tersebut yang beliau benar-benar menghargai pihak ibu bapa yang memberikan kerjasama kepada Titian Wahyu, sedangkan kami, ibu bapa hanya menghantar anak-anak kami dengan bayaran yuran penyertaan sebanyak RM15/- untuk program yang berlangsung seharian, kadang-kala sehingga malam. Apa yang pasti, anak-anak SERI Al-Huda benar-benar seronok menyertai program ini, namun bagi saya apa yang penting, anak-anak ini dapat mencontohi mentor-mentor mereka  membahagikan masa dengan efisyen di antara tugas dan tanggungjawab sebagai pelajar dan aktiviti berpersatuan .











Memang tidak mudah melaksanakan semuanya dalam masa yang sama.Kerja kursus, assignment , aktiviti persatuan @ kelab, usrah dan sebagainya perlu dilakukan semuanya pada masa yang sama. Kadang kala rakan-rakan lain dah hampir siap dengan tugasan masing-masing , tetapi pelajar-pelajar yang terlibat dengan aktiviti berpersatuan baru hendak mengumpulkan maklumat dan mencari bahan untuk tugasan tersebut ,akhirnya terpakasa berjaga malam sehingga tidak cukup tidur bagi melaksanakan tuntutan yang diamanahkan (sekadar mengenang kembali pengalaman dulu), tentu ada persamaan dengan adik-adik mentor kita. Sebab tu,  saya yakin mentor-mentor di dalam Titian Wahyu ini adalah "mentor" yang sebenarnya, mentor bagi anak-anak SERI Al-Huda meniti pengalaman hidup dalam usaha mereka mencari dan membina keyakinan diri sebagai pelajar Islam yang mana tujuan ke menara gading bukan sekadar menuntut ilmu di bidang yang dikhususkan semata-mata,tetapi untuk melengkapi diri dengan seberapa banyak ilmu duniawi dan ukhrawi sebagai bekalan hidup sepanjang hayat dan bekalan akhirat. 
Bukan semua remaja seusia mentor-mentor  ini yang sanggup meluangkan masa dengan kanak-kanak Tahun 4 dan 5. Anak-anak SERI Al-Huda  hmmmm.....bukan semuanya mendengar kata dan menigkut arahan , banyak insiden sepanjang program yang saya dengar menguji kesabaran   mentor-mentor  terutamanya di kalangan mentor perempuan. Walaubagaimanapun, semua cabaran tersebut dapat ditangani  dengan berhemah dan rasional, justeru saya yakin, keikhlasan mereka membimbing mentee masing-masing merupakan nadi utama yang menyumbang kepada kejayaan program ini. Terima kasih mentor Adrian, Shahrir (pengarah program), Farhan, Dalila, Ainun (Setiausaha), Aliya, Nadia (Non), Nadia Mohd,  Haneesah

dan yang lain-lainnya (tidak dapat menyebut kesemuanya) kerana sanggup melayan kerenah anak-anak Seri Al-Huda.  Kami doakan semua mentor-mentor sukses dalam exam yang bakal tiba dan berjaya di dunia akhirat. Syukran Jaziilan...   (untuk bacaan selanjutnya-emas-iium.blogspot.com)

4 comments:

  1. Assalamualaikum kak nani...
    Terima kasih atas sokongan & bantuan sepanjang 2 tahun EMAS.

    Terharu dgn entri k.nani ni..(n_n)v

    Kami hanya melakukan apa yg kami mampu..
    InsyaAllah...

    ReplyDelete
  2. Wa'alaikumsalam. InsyaAllah 2010 nnt akak yakin EMAS lebih kreatif dan inovatif, sepertimana mentor-mentornya.

    ReplyDelete
  3. Salam, k.nani.

    Sy pn sgt2 terharu dgn entri k.nani ni =)

    rasanye sumbangan sy sgt sedikit utk program ni berbanding mentor2 lain especially barisan mainboard yg mmg sy sgt salute kerajinan mereka. seriously they all sgt rajin. credit to them.

    mengajar adik2 ni mmg kdg2 memenatkan tp looking at their pure n naive faces, mmg terbayar segala keletihan tu...tambah2 bila diorg sgt bnyk bertanya n saya pening utk memikirkan jawapan yg simple supaya adik2 yg sy syg sume ni faham.

    sy juga mendoakan yg terbaik utk program EMAS ni (^_^)


    Warmest regards,
    Alia

    ReplyDelete
  4. Waalaikumsalam wrm.wbh.
    Alia, Trima kasih sudi singgah blog kak nani. All the best to you & the others in your exam, May Allah swt. shower us with His blessings & guide us in our daily life, Insya Allah. Ameen

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...