Showing posts with label Melayu. Show all posts
Showing posts with label Melayu. Show all posts

Monday, August 17, 2015

Persoalan ‘Dominasi PAS dan Melayu Islam’


Dalam tulisan saya sebelum ini, saya telah rumuskan bahawa punca perbalahan dalaman PAS baru baru ini adalah ketidak-selesaan pimpinan utama terhadap keadaan PAS yang tidak dominan dalam PR. Akan tetapi saff pimpinan AJK PAS Pusat lama terlalu pro-PR dan tidak melihat persoalan ini sebagai masalah yang mewajarkan PAS keluar dari PR. Begitu juga sikap kebanyakan ahli pada ketika itu dilihat terlalu pro-PR. Maka suasana ini ditangani dengan diubah saff pimpinan dengan yang lain dan dikeruhkan hubungan PAS dan PR supaya ahli PAS turut mempertikaikan PR.

Memandangkan persoalan ‘dominannya PAS’ begitu utama sehingga menyebabkan PAS berpecah, adalah amat penting untuk semua, lebih-lebih lagi ahli PAS, memahami persoalan ini dengan baik dan jelas. Jika tidak, maka ianya bakal mengundang perbalahan sekali lagi pada masa hadapan, lebih-lebih lagi sekiranya pembentukan kerajaan bersama PR di peringkat Pusat menjadi satu realiti.

‘DOMINANNYA PAS’ KE ATAS PR

Bagi saya, isu ‘dominannya PAS’ ke atas PR sememangnya merupakan isu penting. PAS perlu memimpin dan tidak ‘dipimpin’. Tetapi persoalannya, adakah kepimpinan itu semestinya mengambil bentuk ‘dominasi’ seperti yang berlaku di antara UMNO dan BN? Tidakkah ‘kepimpinan bersama’ dan ‘kerajaan melalui konsensus’ memadai?

Melalui kaedah ‘memimpin bersama’ dan ‘kerajaan melalui konsensus’, persoalan ‘dominasi’ mana-mana pihak ke atas pihak lain dalam PR sudah terhalang. Melalui kaedah ini, persetujuan perlu diperolehi dari parti yang mempunyai jumlah kerusi terkecil sekalipun sebelum sesuatu dasar dapat dilaksanakan. Yang mempunyai jumlah kerusi terbanyak pula tidak boleh melakukan sesuka-hati. Pendek kata, dengan adanya kaedah ini, tidak mungkin sesuatu dilakukan tanpa persetujuan semua, termasuk persetujuan PAS!

Tidakkah itu memadai sebagai ‘jaringan keselamatan’ untuk semua parti yang terlibat dalam PR? Semestinya semua parti risau akan kemungkinan mereka didominasi dan pandangan mereka tidak diambil kira. Itulah sebabnya dipilih kaedah dan pendekatan sebegini.

Sunday, September 28, 2014

Akar umbi PAS bising bersuara. Apa pemimpin buat? Yg teruk mereka di bawah


Pas memang mempunyai aktivis di peringkat akar umbi yang dihormati termasuk usaha berterusan membina kekuatan cawangannya melalui aktiviti parti. Orang Pas bekerja siang dan malam tanpa meminta apa-apa kepada pemimpin mereka. Perjuangan untuk mencapai cita-cita parti adalah budaya dalam Pas.

Kita para Naqib dan pemimpin cukup hebat menukillan hadis dan ayat Al Quran menanam semangat juang. Aktivis dan wira Pas yang tidak didendang tak perlu menghafal hadis untuk menceritakan keikhlasan mereka, mereka tunjukkan dengan pengorbanan mereka. Entah berapa masa yang dihabiskan dan duit ringgit yang diinfaqkan, ini tidak termasuk maki hamun orang kampung kerana kesetiaannya bersama Pas.

Suara mereka adalah suara barakah yang memberikan kita kepimpinan kekuatan untuk terus bernafas di pesada parti. Apa sahaja mereka turuti demi kesetiaan kepada perjuangan.

Namun mereka juga bukan robot dan mesin, mereka ada rasa, perasaan dan emosi. Sekali terluka emosi kerana berasa mereka ditipu oleh orang atas lukanya dalam dan panjang. Cakap kita dan tindakan kita sebagai pemimpin semua diperhati oleh mereka.

Thursday, May 2, 2013

Rakyat Gua Musang diminta tolak penderhaka

Tengku Ibrahim berucap di depan Tuanku Sultan dan rakyat Kelantan yang memenuhi Dewan Sivik Gua Musang
GUA MUSANG: Kerabat DiRaja Kelantan, Tengku Ibrahim Farihaddin Tengku Feissal atau lebih dikenali sebagai Ku Yeem meminta agar rakyat khususnya di Gua Musang menunjukkan taat setia mereka kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM), Tuanku Sultan Muhammad V dan tidak menerima seorang penderhaka.

Ucapan tersebut dibuat oleh Tengku Ibrahim di hadapan baginda Sultan Muhammad V pada Program Majlis Mesra Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad ke-V bersama rakyat di Dewan Sivik Gua Musang pagi ini.

Dalam ucapan tersebut beliau turut memberitahu seorang calon BN merupakan perancang utama kepada kemuncak penderhakaan kepada Tuanku Sultan apabila mempertikaikan dan cuba mencabar kedudukan KDYMM Tuanku Sultan Muhammad V.

5 Panduan untuk pengundi atas pagar (fence sitters)

Manifesto Pakatan Rakyat

Fikri Harun

1. Masa untuk kita sebagai pemegang saham Malaysia - memilih pasukan pentadbiran yang boleh kita harapkan untuk memulangkan keuntungan pelaburan kita - hampir tiba beberapa hari saja lagi.

2. 222 kerusi Parlimen di seluruh Malaysia akan diduduki oleh pilihan majoriti kita, membentuk pasukan pentadbir Malaysia yang baru (ke-13). 165 daripadanya adalah di Semenanjung Malaysia.

3. Memilih bukanlah perkara mudah apatah lagi jika pilihannya pelbagai, dan kau di atas pagar.

Wednesday, September 12, 2012

Felda oh Felda

Setakat 1.00 hari ni 11 Sept, saham Felda di paras RM4.58 se unit
Felda's Publicity department is said to have spent a total of RM494,560 on prime minister Najib Razak’s Hari Raya greeting cards, said whistleblower group National Felda Settlers’ Children association chairman Mazlan Aliman. Read more here.

FGVHB - Bukti peneroka dikhianati makin terserlah - Maka pada tarikh puaka 28 Jun 2012 tercatatlah di dalam sejarah Malaysia satu lagi pengkhianatan besar oleh pemimpin Melayu ke atas umat Melayu. Kali ini dalam bentuk penggadaian tanah perladangan yang telah diusahakan peneroka Felda berabad-abad lamanya bersama-sama dengan rangkaian perniagaan yang dibina di atas biaya wang peneroka kepada kapitalis rakus yang tidak pernah mencurah barang setitik keringat pun dalam membangunkan hutan belantara menjadi tanah ladang luas terbentang. Baca lagi di sini.

Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) mendakwa peneroka yang terpaksa membuat pinjaman bagi membeli saham Felda Global Ventures Holdings (FGV) kini mengalami kerugian.

Pengerusinya Mazlan Aliman mendakwa, pengurus bank yang dirujuk persatuan itu menyatakan bahawa harga saham pada RM4.70 merupakan had di mana peneroka akan mula mengalami kerugian.
Penasihat ekonomi ANAK Dr. Rosli Yaakob pula menjelaskan perkara itu disebabkan dividen pada tahap harga berkenaan tida mencukupi untuk menampung pinjaman yang dibuat peneroka.

Tuesday, September 11, 2012

Ini kerja Najib tika saham Felda merudum

Iqwal: lagu Anak Kampung
Tatkala peneroka Felda mula menangis menanggung kerugian kejatuhan saham, Najib & Rosmah bergumbira menyanyikan lagu "Anak Kampung" dengan Iqwal sebab janji dah pun ditepati.

Harakahdaily: Video klip yang memaparkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datik Seri Rosmah Mansor menari dan menyanyi di majlis Aidilditri beliau kini mula mendapat tarikan ramai. Video klip yang turut memaparkan Datuk Seri Rais Yatim dan isteri mula disebarkan melalui Youtube tetapi dengan link yang terhad. "This video is unlisted. Only those with the link can see i".

Ia memaparkan bagaimana seorang penyanyi baru, Iqwal Hafiz menyanyi lagu "Anak Kampung" dengan diiringi tarian oleh Najib, isteri dan rakan-rakannya. Untuk menonton video ini, sila klip di sini. Namun selepas disiarkan Harakahdaily, link ke laman itu telah dikeluarkan oleh pemiliknya.

Namun ia boleh dilihat di sini pula.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...