Thursday, October 29, 2009

Udo Naik Haji (Updated 8 Nov)

SMS yang diterima abah petang tadi dari Madinah, Uda akan bergerak ke Mekah hari ni.  Maknanya dah lapan hari usia gambar bawah ni yang diambil masa datang kenduri Sabtu lepas.



Kesempatan berjumpa Hj Zainal beberapa hari yang lepas, dengan senyum lebar aku diberitahu beliau akan berangkat pada 11 November bersama-sama group 15 orang bakal haji hajjah. Ok lah tu, Alhamdulillah, aku cakap sebab baru tiga empat hari sebelum tu, beliau masih lagi pening kepala sebab belum dapat confirmation dari TH. Masatu adalah menteri yang kena bangang sebab tak luluskan kuota..
 
-------------------------------------------

Uda & Mak Uda singgah ke rumah tengah hari tadi dari Jemapoh membawa khabar gembira tatkala panggilan Kaabah telah tiba. Kedatangan Uda disambut abah dan seperti biasa memberi beberapa panduan ketika di Tanah Suci nanti. Aku tiba agak lewat tapi sempat dibrief oleh Uda yang akan berangkat bersama sekumpulan staf POS Malaysia hari Ahad ni. Di sana nanti bertugas hingga 8 Zulhijjah, sehari sebelum wukuf dan cuti sampai 16 Zulhijjah.

Seexcited aku dulu, Uda menjemput datang kenduri hari Sabtu ni lepas asar dan berpesan supaya diberitahu abang di BM. Gambar ni aku abadikan kerana terkenangkan Uda yang lipat baring dengan aku aku sekali terbaring 33 tahun dulu, betul-betul depan rumah makcik yang menjadi mertua sorang abang aku lagi. Itu dulu, sekarang adik mak yang bongsu ni akan menunaikan haji. Pesan aku jangan cerita pasal mancing je udahle...

So mike mike yang baca ni especially yang seven brothers tu, take note & datang kenduri Uda nanti, since abah pun gamaknya akan pergi.





From My Pictures

5 comments:

  1. Udo ade anta sms petang tadi......masih terngiang lagi sore udo melolong ..''kak-ongah..kak-ongah'' sambil dukung hang..hehe

    ReplyDelete
  2. Kek Mokah takdo kolam pancing ko...kalau ado jangan di koba an kek udo tu...!

    ReplyDelete
  3. Slmt perjalann
    tokUda ke tanah suci
    dan kembali ke tanah air..

    ReplyDelete
  4. Nampak Pak Tam macam nak announce yg u tu dah pegi haji...

    Lebih baik cerita pasal pancing drpd cakap pasal orang lain....

    ReplyDelete
  5. kalau cerita pasal haji, pak tam mmg extreme sikit, sorilah kalau anonymous rasa offended. Jd tetamu Allah, semua org normal akan excited. To speak well is better than keeping quiet, but it is better to keep quiet than to say anything bad

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...