Tuesday, December 13, 2011

Abah dalam kenangan

Hj Abu Talib Murah, 1358 - 1433. Foto 25 Okt 2008.
Abah lahir pada hari Isnin, 19 Rejab 1358 bersamaan 4 September 1939. Abah lahir tanpa ayah di sisi dan kini, Selasa 10 Muharram 1433 bersamaan 6 Disember 2011 abah pergi untuk selama-lamanya tanpa ditemani anak-anak di sisi.

Aku bergegas ke hospital manakala menerima panggilan jam 11.16 malam dari wad 8. Staff nurse memberitahu abah nazak. Aku tidak menjangkakan apa-apa yang lebih menyedihkan dari ini mungkin kerana aku baru sahaja menziarahi abah lepas maghrib tadi. Waktu itu aku tidak mendapati apa-apa tanda jelas yang abah sedang berada di hujung perjalanannya. Abah sedang tidur. Keadaan fizikal memang merunsingkan. Tetapi beginilah keadaan abah sejak dua minggu dulu. Aku catatkan dalam FB permerhatianku ini.

Setibanya aku di wad 8 jam 11.40 dari kejauhan kulihat langsir menutupi katil. Terus aku dekati seperti biasa dan ternampak ada dua tiga misi yang yang sedang menguruskan abah. Mungkin tukar cadar atau baju fikirku. Aku berundur dan berjalan ke arah kaunter nurse. Sabar menunggu sehingga misi-misi tu selesai baru aku akan tengok keadaan abah. Suasana begitu tenang dan aman ketika itu. Dalam langkahan ke tujuh Dr Malik menyapaku dan memberitahu berita sedih ini. Aku memandang tepat ke arahnya kemudian pandangan kualihkan ke langsir katil. Kaki terasa longlai. Aku melangkah perlahan-lahan ke kerusi. Baru tiga jam tadi aku menatap wajahnya. Kini abah tiada lagi.

Di sinilah akhirnya. Berakhir juga derita yang ditanggung. Bersih tanpa dosa dan noda. Di sinilah juga bermulanya hidup abah di alam barzakh, sedang berdiri di salah satu pintu syurga.

Abah, untukmu aku hadiahkan Al Fatihah.

4 comments:

  1. salam buat pktam
    t.kasih,
    dapat juga saya membacanya..

    ReplyDelete
  2. Abah...pemergianmu sangat ku rindui dan kini abah dah meninggalkan aku dan mereka2 yang mengenalinya semoga abah ditempatkan dikalangan para syuhada.Abah...dalam diam ku tetap menangisi pemergianmu...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...