Thursday, February 18, 2010

Radix Fried Chicken @ Melaka

Khas untuk orang Melaka! RFC Melaka telah mula beroperasi pada 15/2/2010. Bertempat di Mydin Mall, Ayer Keroh, Melaka. Lokasi yang strategik ini bakal menjadi tumpuan umum bagi pelancong dalam dan luar negara yang berkunjung ke Bandar Melaka dan selepas pergi menziarahi buaya-buaya di Taman Buaya. Ianya terletak di tingkat satu Mydin Mall dan bersebelahan surau dan escalator. Radix Fried Chicken sebagai menu utama di samping minuman air berkarbonat yang menjadi trademark HPA iaitu radix sarsi, radix cola, oren, strawberi dan anggur merupakan sajian pilihan utama pengunjung. Di samping itu, ais krim toyyibah juga menjadi menu pilihan terutama bagi kanak-kanak.

RFC sebenarnya telah memberikan saingan yang tidak kurang hebatnya (terutamanya di sebelah utara Semenanjung Malaysia) kepada restoran makanan segera yang telah lama bertapak di Malaysia. Tidak hairanlah tahun lepas sahaja pihak restoran terbabit yang tidak berpuas hati dengan kemajuan RFC telah meminta agar RFC menukar warna logo kepada warna selain daripada warna merah. Macamlah warna merah tu hak milik mutlak sesiapa. Walaubagaimanapun, besar harapan saya agar dapat berkunjung ke sana dalam masa terdekat ini bagi melihat dan merasai sendiri RFC yang sebenarnya, InsyaAllah. HPA terus maju..

6 comments:

  1. wah makin maju ye..
    nape gambo bawah tu blurr eh?
    bertukar lah ke dSLR ya..hahaha

    ReplyDelete
  2. wah semakin maju nampaknya..nape eh gambo hok bawah tu blurr sokmo?
    bertukar lah ke dSLR ya..hahaha

    one more thing, your blog page always make my Mozilla crashin' ..nape ek?

    ReplyDelete
  3. Blur lagi ke? dah resize bagi kecik sikit baru nampak ok, tapi tak taulah kalau masih blur pada mata pro cameraman(as claimed).

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...