Sudah sekian lama saya tidak membeli sardin dalam tin walaupun anak-anak mendesak hendak makan sandwich sardin. Sandwich sardin memang menjadi kegemaran anak-anak terutamanya Sarah dan Hajar, tetapi saya lebih rela tidak membelinya memandangkan kandungan bahan pengawet yang tinggi di dalam sardin tin. Sejak dulupun memang seringkali saya berfikir berkali-kali sebelum membelinya namun, sejak lebih faham dan lebih peka tentang pemakanan halallan thoyyibah, saya mengambil keputusan untuk beralih kepada sandwich selain daripada sardin.
Gerun saya memikirkan bila terbaca tentang satu artikel yang menyatakan kandungan bahan pengawet dalam sardin tin boleh menyebabkan orang yang sihat walafiat dijangkiti asma, manakala orang yang didiagnos asma akan diserang asma sejurus selepas memakannya.
Alhamdulillah, kerisauan saya tidak berpanjangan. Kini HPA telah pun mengeluarkan sardin dalam tinnya sendiri. Sambutan yang diterima amat menggalakkan sehinggakan dalam waktu yang singkat sahaja, hampir kesemua cawangan HPA telah kehabisan stok sardin tin. Antara pembelinya yang menghabiskan stok tersebut sudah tentulah kami sekeluarga.
Insya Allah HPA juga bercadang untuk mengusahakan produk lain dalam bentuk tin iaitu ayam, lembu, bilis dan daging kambing.
Bersama-sama kita mendoakan HPA akan lebih inovatif dan kreatif dalam menyelesaikan masalah pemakanan umat Islam di Malaysia juga di peringkat yang lebih global, Amiin.
Nanti kalau dah ado daging kambing dlm tin keluaran HPA beritahu yo...
ReplyDeletemaksudnya sadin HPA ni 0% ke kandungan pengawetnya??
ReplyDeletemaksudnya sadin HPA ni 0% ke bahan pengawet ??
ReplyDeleteeh lupo lak yang komen kena moderate dulu..tu yang hengat first komen tak pegi...hehe
ReplyDeletepengawet musti bubuh untuk tahan lama tapi % tak buleh melampau na sampai siput pun kekadang buleh beranak pinak dalam tin sardin tu. tu yang kalu makan ado soul tu..
ReplyDeleteSelain drpd tu, bahan pengawet dlm sardin hpa dibuat drpd tumbuhan, tiada bahan kimia.
ReplyDelete