Pada hari Ahad yang lepas, sekiranya anda mendengar siaran Radio 24 bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) pada jam 2 ptg, terdapat satu wawancara yang sangat menarik di antara Pengulas Radio 24, To' Ki dan 2 orang chef.
Isu ini begitu menarik sehinggakan saya terasa rugi jika tidak mendengar celoteh mereka. Isu kepenggunaan kali ini ialah tentang halal atau tidak makanan yang dihidangkan di hotel 5 bintang.
Salah seorang chef memberitahu, dari pengalamannya dahulu di dalam restoran 5 bintang yang menghidangkan buffet, terdapat 5 bahagian dapur masakan ( Melayu, masakan barat dan 3 bahagian yang lain. Setiap satu dapur diketuai oleh seorang Eksekutif Chef dan setiap resepi yang dimasak dan dihidangkan adalah hak mutlak eksekutif chef. Ini bermakna tiada orang lain yang berhak memberi komen tentang resepi yang telah ditetapkan oleh eksekutif chef.
Eksekutif chef ini terdiri daripada orang yang pakar dan ahli di dalam masakannya untuk menjaga kualiti makanan yang disediakan (5 bintanglah katakan). Sekiranya dapur masakan Melayu, tentulah eksekutif chefnya berbangsa Melayu, sekiranya masakan barat, tentulah eksekutif chefnya dari Barat dan seterusnya.
Menurutnya lagi sesetengah chef yang mungkin berasal dari luar negara mempunyai cara memasak yang tersendiri. Ketika beliau baru memulakan kerjayanya, beliau melihat bagaimana arak dituang di dalam sup bawang (onion soup) yang dimasak di hotel 5 bintang tersebut. Di atas ruang tempat memasak pula, tersedia berjenis-jenis botol arak bersama-sama dengan rencah lain untuk dibuat sup.
Selain daripada arak, ada yang lebih menarik lagi tentang pendedahan ini. Menurutnya, ada dua mesin pengisar daging di dapur tempat beliau bekerja. Satu bertulis 'Pork' pada papan tanda berdekatan dan satu lagi bertulis 'non pork'. Yang menakutkannya bila chef-chef lain seperti tak nampak (atau buat-buat tak nampak) papan tanda yang dipamerkan. Sekejap yang bertanda 'Pork' digunakan untuk mengisar makanan yang tak halal, dan sekejap lagi ada pula chef lain yang akan menggunakan mesin pengisar yang sama untuk mengisar masakan yang "halal" sehinggakan beliau terpaksa mengangkat tanah dan air untuk mencuci mesin tersebut setiap kali habis bertugas.
Pada kebiasaannya sesetengah hotel mengasingkan pinggan yang digunakan untuk menghidangkan khinzir di satu tempat yang berasingan untuk dicuci. Ini adalah kerana pencuci pinggan adalah di kalangan orang Islam. Tetapi keadaan berubah, kebanyakan pencuci pinggan sekarang adalah di kalangan pendatang asing samada dari Bangladesh atau Myanmar. Mereka tidak tahu yang mana satu pinggan untuk hidangan khinzir atau sebaliknya dan pihak pengurusan dapur hotel pula hendak memudahkan kerja, semua pinggan dicampur sekali. Habis semuanya......
Pada waktu-waktu tertentu, eksekutif chef ini akan keluar ke ruang makan untuk melihat-lihat para pelanggan. Sekiranya beliau melihat orang Islam mendekati makanan yang tidak halal, dia akan mendekati pelanggan tersebut dan berbisik "Encik makanan ini tidak halal..." Walaubagaimanapun kesempatan itu amat terbatas kerana kebanyakan masa chef berada di dapur.
JAKIM telah memberi sijil Halal kepada 3 buah hotel 5 bintang sahaja tetapi sampai tamat program, saya tidak dapat menangkap nama Hotel 5 bintang tersebut. D'Saji Felda telah diiktiraf Halal oleh JAKIM menurut Tokki (PPIM), cuma ia bukan nama hotel 5 bintang yang ingin saya dengar.
Saya berasa sangat terkesan mendengar pendedahan yang dibuat oleh 2 orang chef ini. Salah seorang chef tersebut kini ialah Ketua Chef untuk Tabung Haji dan seorang lagi bertugas sebagi pengurus di sebuah syarikat makanan. Ia menjadi pengajaran kepada saya dan pendengar yang lain tentang keprihatinan dan kepekaan kerajaan - JAKIM, JAWI dan badan-badan lain dalam menjaga hak dan kepentingan serta kehormatan masyarakat Islam Malaysia.
Sekiranya anda tahu hotel 5 bintang yang diiktiraf Halal oleh JAKIM, sila kongsikan dengan pembaca yang lain.
Gambar vkeong.com
Se ade dengar kueh2,dizet dan sofdring juga mungkin ade benda2 tak halal tu!!
ReplyDeleteBanyak lagi produk yang tak halal kalau ikut list ni: http://halalguide.org/Latest_Halal_Info.html.
ReplyDeleteSaya ada tanya ustaz tentang perkara ni dan kaedahnya ialah kalau kita pasti tempat makan tu milik orang islam atau ada logo halal jakim boleh makan/minam. tak perlu pergi dapur dia cek. kalau was2 eloklah elakkan.