Sunday, December 20, 2009

Berenang : Ketrampilan Khusus Yang Perlu Dikuasai Umat Islam


Adalah Umar Al Khattab dalam sebuah athar (percakapan sahabat) yang diriwayatkan oleh Maqhul, bahawa Umar Al Khattab menulis kepada penduduk Syam yang berbunyi “ajarilah anak-anakmu berenang, memanah, berkuda". Tuntunan itu datang dari Sahabat Nabi SAW yang kita cintai. Berenang, memanah dan berkuda, tiga keterampilan yang seharusnya dimiliki anak-anak penerus semangat Islam.

Kenapa BERENANG?

Tentu ada alasan kuat mengapa Umar Al Khattab menyuruh ibu bapa Muslim mengajar anak-anaknya berenang. Bagi masyarakat di padang pasir, berkuda dan memanah adalah aktiviti lumrah, berkuda ataupun menunggang unta merupakan aktiviti seharian mereka.

Tapi berenang?! ini yang agak menghairankan. Orang Arab tidak terlalu suka pada air (kecuali untuk minum tentunya), tambahan pula kolam atau tasik sukar ditemui di padang pasir kecuali oasis atau wadi. Kita maklum kebanyakan sumber air ini digunakan sebagai sumber air minuman. Oleh kerana air sangat sukar ditemui di daerah padang pasir, maka anjuran ini adalah sebuah hal yang jauh di luar jangkauan pemikiran masyarakat muslim 15 abad lalu.


Setelah agama Islam berkembang ke seluruh dunia, melintasi semua samudra, tidak hanya di padang pasir Arab saja, maka ilmu berenang disedari sebagai satu keperluan yang amat penting untuk dikuasai. Bagaimana mungkin Laksamana Cheng Ho (Zeng He) berjaya merentasi seluruh pelusuk samudera dengan bahteranya yang terkenal itu tanpa ilmu berenang? Atau bagaimana mungkin sesebuah negara itu berjaya dijajah oleh penjajah -penjajah  pada zaman dahulu sekiranya tidak melalui jalan laut - yang mana sudah tentu hampir kesemua anak-anak  kapal perlu dilengkapi ilmu berenang sebelum mereka belayar? 

Berenang adalah suatu olahraga yang bisa memberikan kecergasan fizikal dan mental, suatu contoh olahraga yang sempurna di mana keseluruhan anggota badan kita bekerja
Di antara manfaat berenang adalah :

•untuk meningkatkan stamina.

•untuk melatih otot-otot tubuh

•untuk melatih jantung dan paru-paru bekerja secara lebih efisien, yang mana memberikan sirkulasi oksigen keseluruh tubuh

•untuk melatih daya mengapung ketika latihan, dan juga untuk mengurangi ketegangan pada tubuh.

Alhamdulillah, masa cuti sekolah ini banyak saya luangkan untuk membawa anak-anak ke kelas renang. Sarah dan Hajar sudahpun menguasai teknik 'water treading ' dan 'breast stroke' - 2 kemahiran asas yang perlu dipelajari sebelum menguasai teknik-teknik lain. Amirul pula masih perlu banyak berlatih, walaupun telah berjaya buat 'breast stroke', tetapi water treading masih belum dapat dikuasai olehnya. Walaubagaimanapun, menurut Kak Pah (guru renang mereka), perkara paling penting sekali sebelum belajar berenang ialah setkan minda yang kita boleh terapung dengan sendiri di dalam air, menghilangkan rasa takut pada air, yakin pada diri sendiri , InsyaAllah semua orang boleh berenang, katanya.


Amirul & Faiz di kolam renang saiz olimpik, UIA.


2 comments:

  1. Jenis berenang ada banyak...jenis apa yg anda minat?berenang katak?kuak lentang?kuak dada?kuak kupu2?

    ReplyDelete
  2. kuak tenggolam yang paling sonang skali..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...