Benarkah lahirnya nabi ulul azmi, Isa Ibnu Maryam pada 25 Disember, 2009 atau 2010 tahun yang lalu? Saya meraguinya. Al Quran surah Maryam ayat ke 25 memerintahkan Maryam supaya mengegarkan pohon kurma yang berada di sisinya untuk mendapatkan rutob (kurma segar) untuk makanan sebaik sahaja Isa Ibnu Maryam dilahirkan. Tapi boleh ke pohon kurma berbuah dalam bulan Disember yang bersalji?
Biasanya kurma akan masak ranum dalam musim panas atau selewat-lewatnya musim luruh bagi negeri-negeri yang mempunyai empat musim termasuk negeri-negeri beriklim mediterranean seperti Palestine. Maka di lembah Baitul Laham, tempat di mana ulamak sepakat mengatakan tempat lahirnya Nabi Isa AS (Jesus), atau di Nazareth, mengikut orang-orang Kristian, peristiwa masak ranumnya kurma supaya mudah disunting oleh Maryam pastinya berlaku lebih awal dari musim sejuk. Kalau kita imbas peristiwa penangkapan musuh nombor wahid Amerika, Saddam Hussein yang hanya dihebohkan pada Disember 2003, terdapat keraguan tarikh sebenar arwah Saddam ditangkap dan siasatan bebas menunjukkan bahawasanya arwah Saddam sebenarnya telah ditangkap 2-3 bulan sebelum itu. Ini mungkin benar dan dapat dikenalpasti dengan pemerhatian teliti pada gambar lokasi 'lubang tikus' yang berlatarbelakangkan kebun kurma di Tikrit walaupun terdapat penafian sebenarnya dia telah dibelot oleh saudara sendiri dan diberi dadah untuk ditangkap oleh askar Amerika.
Dari analisis yang dibuat oleh pakar, dan saya rasa termasuk pemerhatian fizikal di kawasan tapak dan sekitarnya oleh pihak-pihak yang berkepentingan, pasinya sukar untuk tidak mengambilkira keadaan kebun-kurma di sekeliling yang sedang berbuah. Sesuai dengan keadaan sekeliling, pakar telah memberikan tarikh sebenar penangkapan arwah Saddam samada pada Julai atau Ogos. Kalau diberikan tarikh sekitar Disember, akan bersalahan dengan reality semasa.
Lalu apa signifikannya tarikh kelahiran Nabi Isa Ibnu Maryam dilewatkan hingga Disember. Mungkin ini untuk menyesuaikan dengan keadaan orang-orang di Rom semenjak Emperor Constantine, lebih kurang 325 tahun selepas kelahiran Nabi Isa AS supaya lebih seronok untuk ‘beraya’ dalam suasana sejuk dan bersalju. Seminggu kemudian sambut pula hari kelahiran ‘Jesus’. Ehh, apa ni, agak mengelirukan. Rasanya tahun masihi bermula dari tahun kelahiran Jesus. Tapi 25 Disember juga disebut Hari Natal, terutamanya di Indonesia yang bermaksud Hari Lahir. Yang mana satu yang betul atau kedua-dua salah. Rupa-rupaya dalam bacaan lanjut ada menyatakan ada satu Majlis Nicaea atas arahan si Constantine tadi telah berpakat untuk 'rebranding' agama 'mereka yang sesat' (Al Fatihah: 7) ini untuk menukar tarikh lahir Nabi Isa AS ke 25 Disember.
Al Quran jelas menyatakan kekeliruan orang-orang Kristian - samada betul atau tidak mereka telah menyalib Nabi Isa (An Nisa: 147) atau sebenarnya mereka telah membunuh Judas Iscariot? Mereka tidak pasti dari dulu, kini dan selamanya dalam kesesatan, kekeliruan dan kontradiksi. Padahal Al Quran dengan begitu konsisten menyatakan Nabi Isa AS adalah putera Maryam dengan penegasan kelahiran baginda tanpa bapa. Apa yang peliknya sedangkan bapa manusia Nabi Adam usahkan tiada bapa, tanpa ibu untuk melahirkan (Ali Imran: 59). Sebaliknya dalam bible orang-orang Kristian terus keliru:
"Who is the father of Joseph?
And Jacob begat Joseph the husband of Mary, of whom was born Jesus, who is called Christ.[MAT 1:16]
And Jesus himself began to be about thirty years of age, being (as was supposed) the son of Joseph, which was the son of Heli.[LUK 3:23]
No comments:
Post a Comment