Mengikut sejarah, tarikh permulaan tahun dalam taqwim Islam yang berasaskan peredaran bulan (lunar) telah ditetapkan di zaman pemerintahan Khalifah Islam ke dua iaitu Saidina Umar Al Khattab. Khalifah dan EXCO ketika itu telah sepakat untuk menggunakan sistem taqwim Islam tersendiri dalam usaha memperkasakan identiti dan syiar Islam dan mengelakkan terus merujuk kepada taqwim Masihi golongan Nasrani.
Tahun 1 Hijrah telah ditetapkan berdasarkan tarikh hijrah Nabi Muhammad SAW dari Makkah al Mukarramah ke Madinah al Munawwarah dan diretrospektifkan lebih dari 13 tahun kebelakang. Berbanding taqwim Masihi, 1 Hijrah telah bermula sekitar 624 Masihi dan setelah 1430 tahun Hijrahtul Rasul, jurang antara kedua-dua taqwim kini sekitar 530 tahun.
Pentingnya menghayati tarikh ini ialah sekiranya pada bulan Zulhijjah yang baru lalu, kita banyak menyentuh peri pengorbanan suci yang pernah diamalkan oleh Nabi Ibrahim dan anak kesayangannya Nabi Ismail AS, maka pada bulan Muharram pula, kita perlu menekankan peristiwa Hijrah Rasulullah. Hanya mereka yang sanggup berkorban kerana Allah SWT dan Rasul-Nya sahajalah yang mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat serta diberi perlindungan oleh Allah SWT.
Sebagai permulaan eloklah kita meluangkan masa pada petang ini menjelang maghrib nanti untuk membaca doa-doa yang telah disusun oleh ulamak terdahulu. Kalau tiada salinan doa ni di rumah, pastikan sama-sama berdoa di surau atau masjid atau aminkan saja depan TV. Yang penting berdoa.
No comments:
Post a Comment