Friday, December 25, 2009

Tahniah - PMR 2009

Tahniah diucapkan kepada Puteri Diana kerana berjaya meneruskan kecemerlangan dari UPSR yang lepas dengan kejayaan mendapat 8A. Kak Ana adalah salah seorang dari 28,188 pelajar yang berjaya mendapat straight As dalam PMR tahun ni berbanding hanya 26,378 pada 2008.



Juga tidak lupa kepada Afiqah dengan pencapaian 6B 2C. Kami mendoakan sukses untuk exam seterusnya dan ingatlah kejayaan atau kekurangan pada hari ini masih belum menjamin kejayaan hari esok atau terus gagal dalam langkah seterusnya. Kejayaan hakiki pastinya dengan menjadi insan bertaqwa dan menjadi anak yang soleh dan berbakti kepada kedua orang tua. Tak kira lah berapa banyak A pun yang dapat..


Kak Ana dan Kak Lang adalah dua dari 475,182 calon yang menduduki PMR tahun ini di mana 442,611 (93.1 %) adalah calon daripada sekolah di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran.

2 comments:

  1. tahniah - puteri diana, kak lang
    semuga terus berjaya

    ReplyDelete
  2. Tidak lupa juga kepada anak buah yg sorang ni Raudhah yg mendapat 6A2B.Tahniah...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...