28 Ramadhan 1418. Siti Sarah lahir di hospital kampung, Kampung Baru Medical Centre bersamaan 27 Januari 1998. Menjelang Syawal ketika itu, suasana di hospital begitu tenang, lengang dan mendamaikan. Kami beraya bertiga untuk pertama kali.
March 1998. Sarah kembali ke Sri Gombak dan bermulanya saat berkongsi kasih dengan keluarga kak Siti. Terima kasih kak Siti untuk tribute selamat ulangtahun SARAH 2701. Ingatan istimewa dan jasa baik keluarga kak Siti telah pun kami abadikan dengan Sarah dan Hajar masih selesa dengan panggilan Mama untuk mama kak Siti, walau sudah tidak sebumbung lagi sejak 7 tahun dahulu.
20 September 1998. Sarah turut bersama lebih 100 ribu yang lain ke Dataran Merdeka memulakan era reformasi.
Julai 1999. Sarah menjejakkan ke Madinah dan kemudiannya ke Mekah siap dengan bekalan susu satu tin & pampers. Puting yang jatuh semasa tawaf masih belum dijumpai. Saat panik kehilangan Sarah walau hanya beberapa saat di mataf di hadapan Kaabah masih dirasai.
Januari 2003. Berpindah ke Taman Datuk Senu. Sarah kini dijaga oleh keluarga kak Mona. Jasa baik ini pastinya diabadikan sekali lagi dengan panggilan Ummi ala kak Mona gitu.
Januari 2004. 6 Tahun dan mula melangkahkan kaki ke alam persekolahan. Tadika Islam Nurul Yakin.
Januari 2005. Kami memilih untuk menghantar Sarah ke sekolah rendah Islam integrasi, Sekolah Rendah Islam Al Huda di Sg Pusu, Gombak.
Jun 2005. Sarah kembali ke Mekah. Kali ini bersama dua adik. Kami ke Jordan menziarahi makam Nabi Shuaib, para sahabat, kota decrapolis Jerash dan kubu Salahuddin Al Ayyubi.
Januari 2006. Sarah memulakan tahun 2 sebagai pengawas sekolah.
November 2008. Sarah mengawasi adik-adik sepeninggalan kami ke Mekah dengan perhatian langsung atuk dan uwan.
Januari 2010. Sarah kini di tahun enam dan akan menduduki perperiksaan penting tahun ini. Pastinya abah dan ibu mendoakan kejayaan cemerlang dalam segala lapangan dan menjadi anak yang solehah serta teladan kepada adik-adik.
happy to birthday to Sarah..
ReplyDeletesemuga berjaya dan gembira selalu!!
hepi besday..smoga panjang umo n d murahi lejeki..succes dlm pelajaran.Aminnnnn
ReplyDeleteSelamat ulangtahun kelahiran Sarah ke 12.semoga belajar rajin2 dan ceria selalu.
ReplyDeleteHepi birthday and ulangtahun Reformasi! 1998!Sarah ke 12.Semoga belajar rajin2 dan ceria selalu.
ReplyDelete