Menara ini letaknya di Sek.13 Shah Alam. Kini hampir 50% usaha HPA untuk memiliki Menara HPA setinggi 12 tingkat di Sek.13 Shah Alam ini sedang berjalan iaitu melibatkan proses jual beli anggaran RM60 juta. Sebagai ahli HPA, saya turut merasa bangga atas kejayaan HPA memiliki bangunannya sendiri . Menara ini adalah lambang keutuhan empayar HPA yang tidak dapat dinafikan lagi. Semuanya berkat usaha pendukungnya dan ahli-ahli HPA memajukan rawatan perubatan herba sejak ia ditubuhkan 15 tahun yang lalu. Sama-sama kita berdoa kepada Allah yang maha kuasa moga usaha untuk memartabatkan produk keluaran umat Islam terus beroleh kejayaan.
No comments:
Post a Comment