Friday, January 8, 2010

Kowahida Serah Zakat

KOWAHIDA SERAH ZAKAT RM250K KEPADA PERKIM Kelantan


serah zakat2
Koperasi Wahida HPA Berhad (KOWAHIDA) telah menyerahkan sumbangan zakatnya bagi tahun 2007 dan 2008 berjumlah RM250,000.00 kepada PERKIM Negeri Kelantan pada 30 Disember 2009. Sumbangan disampaikan oleh Pengerusi KOWAHIDA, Mohd Faisol Abd Rahman kepada Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat di pejabatnya di Kota Bharu.

Hadir sama dalam majlis tersebut ialah 14 Ahli Lembaga KOWAHIDA. Pihak PERKIM Kelantan diwakili oleh Pengerusinya YB Dato Nik Amar dan Tuan Haji Apandi. Majlis yang berlangsung dalam suasana penuh mesra dan kekeluargaan itu berjaya melonjakkan nama HPA di Negeri Kelantan. Menteri Besar, Tuan Guru Nik Aziz dimaklumkan juga bahawa HPA akan membuka Radix Chicken  House(RCH) di Kota Bharu Parade berhadapan dengan  Pasar Siti Khadijah.

YB Tuan Guru Menteri Besar amat kagum dan terharu dengan pencapaian HPA dan berharap HPA akan terus berkembang maju. Tuan Guru berjanji akan merasmikan RCH di Kota Bharu apabila tiba masanya nanti.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...