Seusai installer Astro mengupgrade astro analog ke b'yond tengaharinya, Uwan, Hajjah Akidah Abdul Hamid tiba lagi untuk ke sekelian kalinya ke rumah petang semalam. Uwan dijemput oleh brother Haris yang pulang ke kampung bersama abah, mak and future astronaut, Ariff (baru-baru ni Amirul pun cakap nak jadi angkasawan jugak).
Dalam usia mencecah b'yond 90 tahun (lahir 1920), Uwan kelihatan masih bertenaga walau jelas wajahnya yang dimamah usia. Baru sebulan lepas kami mendapat panggilan dari abah, Uwan demam dan dikejarkan ke hospital KP tapi suspen tu tak berpanjangan (kami sedang bersiap-siap ke SP masa tu) andak Sulan cuma membawa Uwan ke klinik. Semalam Uwan mengadu lantai simen rumah baru yang dibina di tapak runtuhan (ciss!) rumah pusaka terlalu sejuk menyebabkan kaki kebas dan kejang, so mungkin itu punca orang tua tu demam. Uwan kini hanya pasrah dan retreat ke rumah usang saki baki rumah pusaka lama dulu.
Baca entri dari kacamata halym di sini. Soalnya, apa tujuan rumah baru tu dibuat?
Nak melayan jiran sebelah ketua kampung tu? Aku tak boleh mengelak dari memikirkan apa sebenarnya motif yang b'yond positif. Apa yang tersirat b'yond yang tersurat. Rumah kampung tradisional yang didirikan dari duit hasil titik peluh abah dengan hasil kerja penuh seni susuk carpenter lokal 45 tahun dahulu pastinya meninggalkan kenangan dan warisan sentimental yang bukan kepalang sedikitnya. Okaylah, mak mengaku yang dah berlalu tu tak buleh nak buat apa-apa lagi tapi aku mengingatkan penting untuk belajar dari kesilapan kerana meng'hadiah'kan jalur tanah itu pada orang itu. Rentetan beberapa insiden bengong orang ni yang melibatkan rumah aku di Seremban, aku mula mengesyaki tindakan orang ini yang makin lama makin b'yond comprehension.
Adakah ini salah satu dari subplot jahat untuk mengurangkan kunjungan dan kepulangan keluarga abah, pemilik asal dan tunggak seluruh keluarga Uwan sejak berzaman. Kuasa dan pengaruh abah telah dimanifestasikan selama hampir 50 tahun dan rumah pusaka kampung itu sebenarnya telah sekian lama menjadi simbol kebanggaan keluarga. Adakah orang ini dihantar untuk mengimbangi pengaruh prolifik abah walaupun susuk abah berada jauh di KL tapi cukup untuk membayangi imej ketua kampung? Aku mengira sedangkan acik sendiri dalam usaha untuk sentiasa berada dalam buku baik mak, sebenarnya tidak dapat melepaskan diri dari menjadi heroin picisan sandiwara hancus ni. Lalu simbol kebanggaan keluarga ini telah diruntuhkan dengan rakus tanpa diutus walau sepatah kata kepada abah.
Yang pastinya, dengan astro b'yond Uwan adalah antara yang pertama tengok astro supersport HD dan kini aku menantikan June untuk menonton aksi bola World Cup dalam full HD pulak. Menjelang aidilfitri September nanti, seperti raya yang lepas abah akan berfikir-fikir lagi samada untuk pulang ke kampung halaman. Ucapku di petang raya lepas pada abah: Nak balik kampung pun, rumah tu yang pernah menjadi rumah kita berkumpul setiap kali raya puluhan tahun yang sudah sudah tiada lagi, tambahan pula Uwan mungkin tak da kat situ. Legasi abah di kampung semakin hampir ke penghujung. B'yond this, do we care?
jika diizinkan Allah, uwan sempat melihat generasi ke 5..
ReplyDeleteTerimalah hakikat apa saja yang ada di bumi Allah ini bukan hak milik kekal kita sebagai manusia melainkan hanya milik Allah jua dan kita sebagai manusia terimalah itu semua dengan Redha dan pasti ada hikmah di sebalik apa jua yang terjadi dengan izin-Nya..sekian
ReplyDeleteperkara sama juga terjadi pd mak saya di sremban, kepercayaan kpd tali persaudaraan menyebbkn rumah pusaka dihak milik oleh individu yg tidak mmpunyai hak, semua terjadi dlm keadaan mak adik beradik yatim piatu sejak kecil.Dendam? tiada satupun yg berkurang dlm hidup ni , malah saya percaya Allah lebih melimpahkn berkat dan rahmatNya.
ReplyDelete