Friday, August 24, 2012

Ustaz Don-Husna selamat diijab kabul

Imej dari blog aku penghibur
SHAH ALAM - Pengacara program 30 Minit Ustaz Don, Don Daniyal Don Bijayid selamat bernikah pagi semalam, di Pulau Pinang, dengan wanita pilihannya, Husna Zahry Rafie. Majlis pernikahan itu berlangsung dalam suasana sederhana tanpa liputan besar-besaran. 

Imej dari blog aku penghibur
Dalam kenyataannya dipetik Amin Idris Personaliti Al-Hijrah, Don, seorang penceramah bebas berkata: "Saya hanya bersederhana. Yang penting ialah pengisian selepas kahwin."

Menurut blog hiburan Beautifulnara pula, pasangan pengantin baru itu bakal bersanding 1 September ini.

Husna seorang penuntut tahun kelima jurusan perubatan di Universiti Kaherah, Mesir. Pasangan yang nampak cantik berseri-seri dalam persalinan berwarna putih itu turut menerima banyak ucapan tahniah daripada peminat dan rakyat Malaysia menerusi laman-laman sosial. Awal Mei lalu, beliau mengakui bahawa dirinya sudah pun bertunang selepas tersebarnya gambar majlis pertunangan mereka. Majlis pertunangan dikatakan diadakan Mac lalu - dari Sinar Harian.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...