Friday, March 9, 2012

Imam BERSIH lagi

Imam "BERSIH" Hoslan

Ketua Penerangannya, Riduan Mohd Nor berkata, tabung bertujuan meringankan beban anggota keluarganya itu juga akan diedarkan ke seluruh negara.

"Sumbangan itu akan dibuat berterusan sehingga Hoslan dikeluarkan daripada penjara. Kita beri bantuan ini bukan kerana dia imam tetapi atas dasar kemanusiaan.

"Bantuan ini bagi menjaga kebajikan anak-anaknya. Dia mempunyai anak-anak yang ramai, masih kecil dan bersekolah," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Riduan turut menyeru kepada semua Pemuda PAS agar dapat bersama membantu keluarga Hoslan bagi meringankan beban isterinya.

Semalam, Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman penjara setahun ke atas Hoslan. Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin ketika menyampaikan hukuman berkata, penjara setahun adalah hukuman setimpal bagi kes berkenaan.

Beliau sebelum itu berkata, tindakan membaling alas kaki itu boleh menggugat kuasa mahkamah dan menjatuhkan maruah mahkamah sekiranya tiada tindakan dilakukan untuk kesalahan seperti itu.

Hoslan diberi julukan 'imam BERSIH kerana mengangkat jubah dan menunjukkan baju-T BERSIH yang dipakainya ketika khutbah Jumaat melarang orang ramai turut serta dalam perhimpunan itu.

2 comments:

  1. kenapa perlu baling kasut? adakah tindakan beliau itu wajar? apa rasional nya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidak wajar tambah lagi beliau seorang imam. Kalau berdasarkan emotional sukar dilihat rasionalnya. Tapi tindakan hakim mencampakkan imam tst ke dalam penjara setahun pun tak jauh bezanya. Same mentality

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...