Sunday, June 17, 2012

Majlis Amal Hi-Tea Seri Al-Huda Di Hatiku


BismillahirRahman nir Rahim...

Majlis Amal Hi Tea Seri Al-Huda akan diadakan pada hari Sabtu 30 Jun 2012 bertempat di Restoran Nelayan Titiwangsa, Taman Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur. Tujuan utama majlis ini diadakan adalah sebagai salah satu usaha pihak sekolah menjana dan menambah kutipan dana bagi tujuan penubuhan Kompleks Pendidikan Seri Al-Huda.

D samping menikmati "Hi-Tea", para penderma akan disajikan dengan pelbagai acara menarik antaranya sesi bersama Ustaz Don Daniyal (semalam dinobatkan sebagai lelaki paling kacak di Malaysia) dan sesi bersama Chef Ismail. Di samping itu, slot hiburan nasyid bersama Kumpulan Zaidan juga akan memeriahkan suasana juga aktiviti lelongan dan jualan amal di perkarangan restoran turut diadakan.
Kepada sekelian pembaca blog ini, boleh dapatkan tiket daripada saya sendiri berharga RM80 untuk dewasa dan RM50 untuk kanak-kanak.
Semuga usaha dan sumbangan kita semua diberkati Allah dan menjadi saham akhirat buat kita semua... 
InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...