Friday, September 21, 2012

Himpunan sejuta umat 21 Sept 2012


Demo sedang berlangsung sekarang di US Embassy, Jalan Tun Razak. Siaran langsung di sini www.ustream.tv.

Amanat TG Nik Aziz:

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Saya menggesa agar semua umat Islam agar dapat turun beramai-ramai menyertai protes aman membantah penerbitan filem “Innocence of Muslims” yang menghina Rasulullah SAW. Protes tersebut akan diadakan di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat selepas solat Jumaat esok, 21 September 2012.
...
Dengan komitmen semua pihak tanpa mengira parti politik ini, saya mengira ia sebagai isyarat yang cukup jelas bahawa umat Islam tidak pernah meredhai sebarang aktiviti yang menghina Rasulullah SAW dalam apa jua bentuk sekalipun. Di dalam masa yang sama, ia sewajarnya juga menjadi pengajaran berguna kepada sesetengah pihak di kalangan umat Islam sendiri yang tergamak menolak syariat Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW.




Harapan saya agar protes berkenaan dapat berlangsung dalam suasana aman tanpa sebarang insiden yang tidak diingini.

Salam hormat,

YAB TUAN GURU DATUK BENTARA SETIA HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,

Al-Mursyidul Am,

Parti Islam Semalaysia (PAS).

Bertarikh : 4 Zulkaedah 1433H bersamaan 20 September 2012M

Apa kata Dr MAZA:

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...