Monday, March 18, 2013

Imam Muda kini bersama PAS

6 Imam Muda (Astro Oasis) sertai PAS
Seramai enam tokoh Imam Muda mengisytiharkan sokongan kepada PAS sempena Xpresi Ulama Muda Haraki yang berlangsung di Maahad Ehya Asy Syarif Gunung Semanggol, Perak. 

Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr Khairudin Aman Razali mengumumkan perkara itu di pentas expresi tersebut.
Ust Zamri Zainal Abidin Ikim.fm juga isytihar diri menyertai PAS
Mohd Fakhrurrazi Hussin mewakili 6 orang Imam Muda berucap dan menyatakan sokongan mereka yang tidak berbelah bahagi dan berikrar akan turut membantu perjuangan Islam sehinggalah bumi Allah dapat diimarahkan dengan syariat-Nya.


Selain Mohd Fakhrurrazi (IM Fakhrul), lima lagi Imam Muda berkenaan ialah Khairul Azhar Ghazali (IM Azhar), Abdul Fattah Ridzwan (IM Fatah), Syed Faris Syed Roslan(IM Faris), Megat Mohd Zahid Megat Azmuddin (IM Megat) dan Fakhrulrazi Ibrahim (IM Ar Razi).

Selain itu, bekas penyampai dan penerbit rancangan Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim.fm), Ustaz Zamri Zainal Abidin mengisytiharkan menyertai PAS pada majlis ceramah sempena Xpresi Ulama Muda Haraki di Maahad Ehya Asy Syarif di sini, malam tadi.

Pilihan raya Umum ke-13 menjadi turning point untuk melakukan perubahan dalam negara kita dan Ulama Muda Haraki akan Memacu Kebangkitan dan Memimpin Perubahan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...