Gambar di KLIA pagi ini - penuh dengan warga asing - semua datang melancong waktu negara nak adakan PRU13? |
PETALING
JAYA: Pakatan Rakyat mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bekerjasama dengan
Pejabat Perdana Menteri dan beberapa agensi kerajaan terlibat dalam operasi
membawa masuk ribuan penduduk dari Sabah dan Sarawak ke Semenanjung Malaysia
untuk mengundi.
Ketua
Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pihaknya mempunyai bukti berhubung kemasukan mereka di
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) melalui penerbangan sewa
khas.
Pihaknya
juga mendapat maklumat mengenai kenaikan mendadak kemasukan
warga
asing dari Thailand, Kemboja, Pakistan dan Myanmar melalui Bukit Kayu Hitam dan
juga dari Indonesia melalui Pelabuhan Klang.
Mengikut
pengiraan pihaknya, sebanyak 16 penerbangan dibuat dari Sabah dan Sarawak ke
Semenanjung Malaysia menggunakan jumbo jet iaitu sebanyak 4,500 penumpang tiba
di KLIA setiap hari bermula 25 April hingga 1 Mei.
Ini
bermakna sebanyak 40,500 orang tiba di KLIA dalam tempoh ini.
"Dokumen
dari MAS ada penerbangan banyak sekali yang dimport khas termasuk jumbo jet 747
dari Kuching dan Kota Kinabalu ke KLIA.
"Kita
dapat maklumat penerbangan ini diuruskan oleh JPM dan ada tandatangan menteri.
"Ini
dibimbangi dilakukan untuk pilihan raya pada 5 Mei ini," kata beliau pada
sidang media di Ibu Pejabat PKR bersama pemimpin PAS dan DAP, dekat sini hari
ini.
No comments:
Post a Comment