Pekan Bahau, Parlimen Jempol, malam tadi - dari FB https://www.facebook.com/pages/MohamadSabu-Official/100953840043211 |
JEMPOL: Kerusi Parlimen Jempol sebelum ini
menjadi kubu kuat BN kerana Jempol memiliki bilangan Felda yang banyak
antaranya di Dun Palong (Felda Palong) dan Dun Serting (Felda Serting, Raja
Alias).
Di bawah Parlimen Jempol, hanya satu kerusi
sahaja yang berjaya ditembusi Pakatan Rakyat, dimana DAP menang di Dun Bahau
melalui Teo Kok Seong dan kali ini pastinya akan dapat dikekalkan walaupun
ditentang oleh Dr Yew Mee Fa (MCA).
Jempol adalah sebuah kawasan Parlimen yang
memiliki lebih 50 peratus pengundi Felda, dan hanya satu sahaja Dun di bawah
Jempol iaitu Bahau yang meraikan kepelbagaian pengundi.
Bahau dikuasai DAP sejak beberapa pilihan raya
lalu.
Namun pada kali ini, selepas penamaan calon
pada 20 April lalu, Parlimen Jempol tiba-tiba sahaja menjadi tumpuan selepas
menyaksikan penyanyi, Wan Aishah Wan Ariffin (Aishah) dicalonkan PAS untuk
menentang bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad.
No comments:
Post a Comment