Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

Monday, May 23, 2011

Pakngah warded

Semalam lepas hantar Sarah, kami berkesempatan menziarahi Pakngah di Damai Service Hospital. Katanya, lepas ujian MRI Jumaat lepas, ada slip disc di tulang belakang. So kena buat physio lima hari dari sabtu sampai rabu.

Kami doakan pakngah segera sembuh & dapat bekerja macam biasa.

Tuesday, May 17, 2011

Age is an issue?

Age is an issue of mind over matter
If you don't mind, it doesn't matter

Selamat hari lahir,
Panjang umurmu,
Perbanyakkan amalmu,
Berkat hidupmu,


Terus subur.... kebahagiaan....
di dunia..di sana jua...
Amiin

Saturday, May 14, 2011

Tuesday, May 10, 2011

Hajar @ Amal Islami

Practice makes perfect
Program JAIS, Amal Islami diadakan pada 7 Mei 2011 kali ini bertempat di SRA Sungai Tua. Puteri kedua kami, Hajar mewakili KAFA Al Huda Bt. 11 menunjukkan skil Khat dalam kategori Tahap 2. 2 Tahun lepas Sarah mencuba nasib dalam syarahan Bahasa Arab.

Hajar in action
Menurut Ust Mahama, sifu khat, biasanya pertandingan khat yang menarik paling ramai peserta, dijangka lebih 120 pelajar akan mengambil bahagian dalam dua tahap. Makanya untuk mengekalkan rekod sekolah di mana KAFA Al Huda adalah juara kategori lelaki Tahap 2 peringkat negeri Selangor tahun lepas, latihan intensif diperlukan. Kata Ustaz markah khat 50%, hiasan corak 30% dan bakinya kekemasan.

Ustaz yang mengawasi pertandingan memberikan reaksi positif "Anak enta?InsyaAllah boleh menang."

Kami pun menunggu pengumuman keputusan sampai zuhor tetapi kerana masalah teknikal, juri kena mesyuarat dulu sebelum keputusan pemenang bagi tahap 2 lelaki dan perempuan yang hanya diumumkan pada Selasa. Kami mendoakan KAFA Al Huda bagi kedua-dua kategori terutamanya anak kami Hajar berjaya mendapat tempat pertama dan pergi ke peringkat daerah selepas ini.

Wednesday, April 27, 2011

Hajar @ MAP Training



Weekend lepas 16 & 17 April giliran Siti Hajar ke kursus Motivasi Alihan Pelajar MAP Training di Wisma Belia. Minggu sebelum tu Hajar spent dua hari di sekolah perkhemahan perdana pelajar beruniform. Sibuk & kepenatan, namun Hajar kelihatan tabah dan tak mengeluh pun tambah lagi terpaksa bergerak secara solo sekarang ni. Kena keluar dari bayang-bayang kakak.

So far so good, Hajar nampak cool & steady. Keep it up dik, no pressure from us, it’s all on you. All the best!

Friday, April 15, 2011

Hadi nine months later


9 months later, Hadi is now able to respond to one's emotion. For 9 months now he has been in the limelight and the centre of the row between the adults.

This entry was posted on 4.21 a.m. that's another 12 hours to his 9 months.

Friday, February 11, 2011

Madinatul Hujjaj

Santai
Madinatul Hujjaj, Jeddah adalah tempat transit sebelum jemaah haji pulang ke tanah air. Tempat penginapan ala asrama boleh memuatkan sekitar 1000 jemaah haji pada satu-satu masa ketika musim haji. Biasanya jemaah akan tinggal di sini paling lama 2 malam.
Di kalangan jemaah haji tempat ini dipanggil juga tempat timbang beg sebelum dihantar ke kargo airport. Tapi disebabkan pergolakan politik di Mesir, kerajaan Saudi menyewakan sementara madinatul hujjaj ini kepada pelajar M'sia sebagai tempat transit untuk kembali ke tanahair. Hari ini hampir seminggu Abu Bakar & Munirah berada di sana menunggu giliran untuk pulang.

Wednesday, February 9, 2011

Happy birthday Kak Iti


Hadi 1, Kak Iti 21. Today is the birthday for the lovely 1. Hadi's fan #1.

Monday, February 7, 2011

As they say, life begins at 40

seven february
empat puluh tahun
bumi telah kau pijak
ku kutip
ku pinjam
lalu
ku pakai juga
titik-titik semangat
kau,
 untuk aku tampal
tulang-temulangku tika aku
rapuh.
rapuh di sini sendirian
teruskan kentalmu
yang sekeras kerikil
hatimu seteguh karang
redah segala onak
tempuh segala ombak
terima kasih.
semoga dapat kau kecap
sinar jaya
di bawah cahaya Ilahi
.....................................................
selamat harijadi
(adaptasi dari T's blog)


Wednesday, February 2, 2011

Onyang 91, Uwan 68, Ariff 5

Ariff, Amirul, Sarah, Hadi, Uwan & Onyang on 020211
Kalau Onyang pun lahir pada tarikh ni, 2 Februari, maknanya tarikh lahirnya pada Isnin, 11 Jamadil Awal 1338, dah 94 tahun. Uwan pulak Selasa, 26 Muharram 1362, 70 tahun. Ariff lahir hari Khamis, 3 Muharram 1427.
Kek sponsored by Atuk

Thursday, January 27, 2011

Sarah is 13

The child was born,
parents were blessed
and... I am so lucky to have you as my daughter.

You grow sweeter with each passing year,
you are my one true treasure,
and... I am so proud to have you as my daughter.

I see a little more of me in you
in each passing year,
you've been a wonderful daughter and slowly turn to be my true friend
but.. most of all,
no matter how many birthdays come and go,
you'll  always be my little girl.

Happy 13th Birthday to our daughter,


Sannah Helwah ya Siti Sarah...

Friday, December 31, 2010

Kembara PD lagi..

Boys: Shahir, Danish, Amirul. Girls: Hajar, Sarah, Nisa
korek korek korek..
nostalgic one
he he ariff dah tak takut lawut dah..
ho ho ho from the (unknown) pong-ping champs ..
suka la dapat straight As tu - Aishah & Sarah
peace? no peace, smiles: Amirul, Makndak, Sarah, Nisa & Hajar

Thursday, December 30, 2010

It's splashing time again at Port Dickson

he he he
Mana lagi? Each year kena cukupkan kuota mandi laut 2 kali. Dah tentu di Sri Pena @ Batu 10, Telok Kemang, Port Dickson.

Kali ni lebih meriah sebab kami ada si comel Hadi ikut sekali dengan main sponsor Pakndak Wish, Pakteh & Paklong BM. During our previous splashing time here last June, Hadi was still in the other world.. sekarang he he he..

Wednesday, December 15, 2010

Hadi given five


Time is flying or is it?


Well it is not. May be we have fallen into the trap. The time trap. Verily, man is in loss. Except those who have faith. Do the righteous deeds. Together in the teaching of truth and patience.

MasyaAllah apa dah jadi Amirul?


si hidung mancung and si comel 18 Nov

si hidung mancung and si comel 15 Dec

Sunday, December 12, 2010

Kids' Day at Cosmos World

                                  

Setakat ini, Cosmos World @ Berjaya Times Square masih menjadi tempat kunjungan kami di setiap musim cuti sekolah. Sejak Sarah di bangku tadika lagi, sampailah sekarang (dah nak masuk Tingkatan 1), masih lagi Cosmos World menjadi pilihan utama. Saya dah menjangka, kunjungan kami kali ini, Sarah tentu akan menaiki roller coaster, memandangkan sebelum ini, ketinggian Sarah belum cukup untuk menaikinya. 

Kesemua permainan yang lain telah dirasai berkali-kali oleh Sarah kecuali yang satu inilah. Akhirnya hajatnya tercapai, nekad beratur sambil tersenyum simpul, teruja dan nampak sedikit gementar. Hajar masih belum berani menyertai Sarah merasai thrill roller coaster, setakat 'odd express', 'spinning orbit', 'bumper car' bolehlah bagi Hajar, tapi tidak untuk roller coaster, awal-awal lagi dia dah surrender.

Hari itu memang memenatkan, Hadi macam biasa, aktiviti tidur bagi bayi seusia Hadi menjadi agenda utama walaupun keadaan sekeliling riuh rendah. Dapat juga Hadi enjoy 'merry-go-round' dan 'crazy bus' khas untuk kanak-kanak yang lebih kecil. Amirul dan Ariff paling kurang 5 kali naik 'bumper cars' dan 'beez drive.'
 
Yang ironiknya semasa melangkah kaki sebagai junior QS di Hashim dan Lim Sdn. Bhd., Berjaya Star City atau sekarang dikenali sebagai Berjaya Times Square adalah projek pertama yang saya take-off.
 
Estimated Contract Sum masa tu adalah RM950 juta menjadikan ia projek terbesar Hashim dan Lim. Sebelum resign dari HDL pada 2006, seingat saya, Anticipated Final Contract Sum plus 'perubahan kerja'  mencecah 1.2 Billion bagi projek The Star City@ Times Square. Memang, this was the biggest project handled by my entire Hashim dan Lim Sdn. Bhd office, and now, my kids are enjoying their day right here at Berjaya Times Square.

Thursday, November 11, 2010

Alhamdulillah dan Tahniah - updated 12 11 10

Siti Hajar (kiri) & Siti Sarah
Alhamdulillah, wa syukrulillah.

Petang ni dah pun diterima keputusan SPRA. Sarah berjaya mendapat 6A (Mumtaz) Manakala adik pulak, Siti Hajar berjaya mendapat 8A untuk UPKK. Pastinya cabaran besar untuk the three Amiruls to at least equal the achievements.
------------------------------------------------
Alhamdulillah, kesyukuran dipanjatkan setinggi-tingginya kepada Allah SWT dengan limpah kurniaNya. Tahniah pada anak sulung kami Siti Sarah yang berjaya mendapat 5A dalam UPSR. Keputusan ini menyamai keputusan perperiksaan ibu dulu dan dah pun beat abah yang hanya dapat 4A 30 tahun dulu.

Debaran seminggu ini nampaknya masih belum berakhir sebab setakat ini result untuk SPRA, PSRA dan UPKK Siti Hajar masih belum diumumkan.

Thursday, October 7, 2010

Adik is Eleven

Mei 2005, menuju ke Makkah Al Mukarramah

Adik kini 11 tahun semakin ceria maklumlah perperiksaan UPKK pun dah selesai hari ni. Rasanya baru lagi masukkan entry birthday adik tahun lepas. Baca sini.

Monday, September 20, 2010

UPSR 2010


Untuk anak sulung kami Siti Sarah, selamat menduduki perperiksaan UPSR bermula esok 21 September 2010 dan PSRA bermula minggu hadapan.

Buatlah yang terbaik dan sedaya upayamu manakala selebihnya bertawakkal kepada Allah, Pemberi kejayaan.

Ingatlah pesanan ini: bacalah surah Alam Nasyrah ketika mula memasuki kelas dan ketika menunggu bermulanya perperiksaan. Bersolawat ketika terlupa. Bersyukur dengan menyebut Alhamdulillah selesai menjawab semua soalan.

Doa ibu dan abah mengiringi kejayaanmu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...