Showing posts with label Politik. Show all posts
Showing posts with label Politik. Show all posts

Wednesday, April 10, 2013

PRU 13 - 5 Mei 2013


PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menetapkan tarikh bagi penamaan calon Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) adalah pada 20 April manakala hari mengundi pula pada 5 Mei depan.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Yusof mengumumkan demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas suruhanjaya itu di ibu pejabat SPR di sini, sebentar tadi.

Pada 3 April lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengisytiharkan pembubaran Parlimen bagi memberi laluan PRU13 diadakan.

Aishah calon Parlimen Jempol


Pas mengumumkan Timbalan Presiden parti itu, Mohamad Sabu akan bertanding di kerusi Parlimen Pendang, manakala Naib Presidennya, Datuk Husam Musa pula di Putrajaya, yang kini disandang oleh Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Tengku Adnan juga merupakan Setiausaha Agung Umno.

Husam, yang juga Exco Kerajaan Negeri Kelantan, sebelum ini disebut-sebut akan diturunkan di Putrajaya.

Wednesday, April 3, 2013

Detik penting PRU 2008 hingga 2013

Grafik Sinar
Parlimen dibubar berkuat kuasa hari ini, sekali gus membuka laluan bagi Pilihan Raya Umum ke-13 yang dinanti oleh seluruh negara sejak dua tahun lalu.

Pembubaran diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet.

Tuesday, April 2, 2013

Parlimen bubar esok?

Image Malaysiakini
Updated 3 Apr 2013 11.45 Bakal Ketua Pembangkang, Najib baru sahaja mengumumkan pembubaran parlimen sebentar tadi. Ini akan memberi laluan kepada PRU ke 13 yang berkemungkinan akan diadakan pada penghujung bulan April ini.
--------------------------
Pada Ceramah Jelajah Merdeka Rakyat di sini malam tadi, Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, KEADILAN dan parti komponen Pakatan Rakyat tiada sebarang masalah jika pembubaran berlaku seawal hari ini.
“Ada orang jangka (bubar) esok (hari ini), tapi dengarnya mungkin tidak. “(Tetapi sama ada) Esok atau minggu depan, kita akan bagi anda (Najib) jawatan baru, (iaitu) Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia,” katanya disambut sorakan 2,000 hadirin di Kampung Datuk Sulaiman Menteri, Majidee.

Monday, April 1, 2013

Ketua Kampung, 30 ahli UMNO sertai PAS di Jempol


Felda Raja Alias, Jempol, N9
JEMPOL: Siri jelajah Negara Berkebajikan di Negeri Sembilan semalam menerima kemasukan 30 pemuda Umno ke dalam PAS yang disaksikan oleh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Penyerahan borang permohonan keahlian PAS itu diadakan di Felda Raja Alias pada lokasi terakhir ceramah jelajah Negara Berkebajikan di Negeri Sembilan yang dihadiri kira-kira 1,000 orang.

Friday, March 29, 2013

Bila nak bubar?

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak gagal bertemu dengan tarikh untuk membubarkan parlimen setelah satu setengah tahun sebenarnya adalah kerana tekanan dalam Umno.

Sebenarnya, Najib dah ada tarikh bubar sejak 2011 yang boleh membawa kemenangan kepada BN.

Tapi mengapa Najib masih tidak bubar sehingga kini?

Ini kerana beliau sedang menunggu tarikh bubar yang membolehkan BN menang dan isteri beliau Datin Rosmah Mansor boleh kekal sebagai isteri Perdana Menteri.

Monday, March 25, 2013

Awas! Bahaya memilih UMNO BN pada PRU13

Jangan sampai rakyat tertipu lagi. Pengalaman lepas menunjukkan sebaik saja pilihanraya umum tamat dan kemenangan di peringkat pusat berpihak kepada BN, kerajaan BN telah mengambil peluang itu untuk menaikkan harga barang-barang keperluan rakyat!

Dan ia akan berulang lagi selepas PRU13 jika kita masih memilih BN. Sudah menunggu:


Monday, December 17, 2012

Peguam kanan, anak dikaitkan dengan SD2 Bala


Siapa peguam kanan yang dimaksudkan? Haris Ibrahim dan Datuk Zaid Ibrahim (tak pasti samada dua-dua ni adik beradik tapi yang menariknya nama bapak mereka ni mungkin ada kaitan dengan SD2 Bala) kata peguam tu ahli panel penilaian operasi SPRM. Let's check it out...klik sini.
-------------------------------------------
Seorang peguam kanan dan anaknya, yang juga seorang peguam, menjadi tumpuan ekoran pendedahan terbaru oleh peniaga permaidani Deepak Jaikishan berhubung apa yang didakwa berlaku berkaitan dengan akuan bersumpah (SD) kedua bekas penyiasat persendirian P Balasubramaniam.

Ini telah didedah dalam satu siri pendedahan oleh Deepak, yang mendakwa terlibat mendapatkan PI Bala membuat SD kedua, selepas menandatangani SD pertama yang mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan wanita warganegara Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Monday, March 12, 2012

Drama 'Makcik Bollywood'

Ketua Umno Cheras Datuk Syed Ali Syed Abas Alhabshee menganggap kenyataan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (kiri) untuk berundur sebagai menteri selepas tempoh pelantikannya sebagai senator tamat bulan depan satu 'drama'.

Syed Ali berkata, sebagai seorang menteri, Shahrizat sepatutnya menunjukkan sikap bertanggungjawab terhadap parti dan negara dan bukan bermain tarik tali.

"Kalau berhenti, berhenti sahajalah. Tapi kenapa macam nak main tarik tali. Kenapa perlu kumpulkan wartawan hari ini sedangkan esok ramai wartawan akan buat liputan di Parlimen.

"Ini semua Bollywood punya cerita. Saya boleh katakan dia ini sebagai makcik Bollywood," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Friday, March 2, 2012

Masihkah Mereka Pejuang Negara Islam?

[Mind Tajdid - Dr Maza] Ramai yang menghantar mesej kepada saya meminta saya mengulas tentang kenyataan terbaru Tun Mahathir berhubung dengan hudud. Juga ada yang menyatakan saya ‘double-standard’ apabila tiba kepada Tun Mahathir saya selalu mengelakkan untuk mengulas disebabkan saya ada hubungan baik dengan beliau.

Sebenarnya, ia disebabkan saya di UK dan baru sahaja tahu isu itu apabila dibangkit oleh rakan-rakan ‘tweet’ (not twit). Jika saya di Malaysia, mungkin saya akan hubungi Tun sendiri, tapi jarak jauh menghalang hasrat tersebut.

Asas hukum hudud disebut dalam al-Quran seperti hukum potong tangan pencuri dan sebat bagi yang menuduh orang lain berzina dan yang berzina. Kewujudan hukum tersebut dalam al-Quran memang qat’i iaitu pasti tanpa sebarang takwilan lagi, Ini disebut sebagai qat’iya thubut.

Friday, September 4, 2009

mStar Online : Satu Lagi Pilihanraya Kecil...

mStar Online : Satu Lagi Pilihanraya Kecil...: "Satu Lagi Pilihanraya Kecil...
TERKINI. SEREMBAN: Nampaknya negara akan menyaksikan satu lagi pilihanraya kecil iaitu pilihanraya kecil yang ke-9 apabila ADUN Bagan Pinang, Azman Mohd Noor meninggal dunia sebentar tadi."
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...