Grafik Sinar |
Pembubaran diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet.
"Pembubaran ini membuka laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-13 sejak negara merdeka," kata beliau dalam pengumuman khas yang dibuat dari Pejabat Perdana Menteri dan disiarkan secara langsung menerusi televisyen jam 11.30 pagi.
Pengumuman ini dibuat
ketika Najib genap empat tahun menjadi perdana menteri.
Mandat kerajaan pusat akan
berakhir pada 28 April ini. PRU12 diadakan pada 8 Mac 2008.
Ini kali pertama pilihan
raya umum diadakan selepas genap lima tahun selepas satu-satu pilihan raya
umum.
Dalam ucapannya, Najib yang
diiringi Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau
telah mengadap dan mendapatkan perkenan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul
Halim Mu'adzam Shah untuk membubarkan Parlimen Ke-12 hari ini.
Barisan anggota jemaah
menteri juga hadir pada majlis pengumuman khas itu.
Najib turut menasihati
semua kerajaan negeri untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun)
masing-masing kecuali Negeri Sembilan dan Sarawak, bagi membolehkan pilihan
raya negeri diadakan serentak.
Dun Negeri Sembilan
terbubar secara automatik pada 28 Mac bagi memberi laluan kepada pilihan raya
negeri diadakan. Sarawak pula telah mengadakan pilihan raya umum negeri pada
April 2011.
Berikutan pengumuman
pembubaran itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijangka mengadakan mesyuarat
dalam tempoh terdekat untuk menetapkan tarikh hari penamaan calon dan
pengundian, lapor Bernama.
Selepas pilihan raya umum
ke-12, sebanyak 16 pilihan raya kecil diadakan, ekoran kematian dan peletakan
jawatan, iaitu enam bagi kerusi parlimen dan 10 kerusi Dun, yang menyaksikan
masing-masing lapan kerusi dimenangi BN dan pembangkang.
Pilihan raya kecil Parlimen
ialah bagi kerusi Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Hulu
Selangor, Sibu dan Batu Sapi manakala pilihan
raya kecil Dun ialah di
Bukit Selambau, Batang Ai, Manek Urai, Permatang Pasir, Penanti, Bagan Pinang,
Galas, Batu Sapi, Tenang, Merlimau dan Kerdau.
- Sinar Harian
No comments:
Post a Comment