KUALA LUMPUR: "Saya masuk PAS bukan hendak jadi calon atau merebut
jawatan dalam PAS," kata Tan Sri Muhamad Haji Mohd Taib ketika mengumumkan
penyertaannya kepada PAS hari ini.
Atas dasar itulah, katanya, majlis penyerahan borang memohon menjadi
ahli PAS hari ini dibuat selepas penamaan calon PRU 13.
Muhamad hari ini menyerahkan permohonan menjadi ahli PAS kepada Presiden
PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dengan diperhatikan oleh Timbalan
Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din, Timbalan Presiden, Haji Mohamad Sabu dan
naib-naib Presiden PAS.
Bagi Mohamad Taib, pengalaman dalam Umno mengajar dia mengajar dia untuk
berbuat perkara lebih baik untuk negara.
"Memang benar kita berjaya membentuk negara maju. Negeri
Selangorpun kita berjaya membentuk menjadi negeri maju.
"Tetapi bagi saya perubahan perlu dibuat, supaya pembangunan kita
ada roh," kata Muhamad ketika berucap di majlis hari ini.
Atas dasar itulah, katanya, beliau memilih untuk menhyertai PAS.
"Mana parti yang boleh mengisi roh ini selain dari pasti yang
memperjuangkan Islam," katanya.
Menurut Muhamad, selepas beliau tidak mempunyai kerja, beliau banyak
menghabiskan masanya untuk pergi ke surau dan masjid.
"Saya pergi ke surau, belajar agama, belajar al Quran. Saya
perhatikan, hanya PAS boleh membawa pengaruh untuk membetulkan keadaan
ini," tegas Mohamad.
Sebelum itu, Ustaz Hadi dalam ucapannya berkata, beliau bertemu dengan
Muhamad lebih setahun yang lalu.
Namun, kita hanya membuat majlis penyerahan hari ini untuk mengelak
persepsi kata Muhamad hendak menjadi calon atau jawatan dalam PAS.
Ustaz Haron Din pula berkata, beliau bertemu pertama kali dengan Muhamad
semasa menunaikan umrah bersama di Mekah.
"Ketika itu bas kami rosak...dan dia sebagai menteri besar ketika
itu yang pertama turun untuk menolak bas itu.
"Sejak hari itu kami rapat dan saya memberikan kuliah mingguan di
rumah MB Selangor," kata Ustaz Haron.
No comments:
Post a Comment