1. Skandal
lembu yang membabitkan duit rakyat berjumlah RM250 juta. Sehingga kini,
kedudukan wang yang disalahgunakan itu belum dipulangkan. Jumlah itu bukannya
sedikit dan bagaimana syarikat yang dimiliki suami Ketua Wanita Umno, Datuk
Seri Shahrizat Jalil merangkap menteri ketika itu boleh mendapat pinjaman yang
begitu mudah? Sedangkan pada masa yang sama banyak lagi syarikat bumiputera
yang bersusah payah untuk mendapatkan pinjaman bank.
2.
Pengkhianatan kerajaan pusat kepada kerajaan negeri Kelantan. Jika mahu
disenaraikan memang banyak, antaranya termasuklah menafikan hak royalti minyak,
tidak memberi peruntukan tahunan, tidak membina lebuh raya dan pelbagai lagi
sekatan termasuk sekatan melaksanakan undang-undang jenayah Islam. Padahal
Kelantan merupakan sebuah negeri yang 90 peratus penduduknya Melayu Islam -
sepatutnya terus dibantu dan dimajukan, bukan membalas dendam semata-mata
kerana politik.
3. Bukan itu
sahaja, pengkhianatan terhadap rakyat turut dilakukan di Terengganu apabila
duit royalti yang sepatutnya diterima oleh kerajaan negeri telah ditukarkan
kepada wang ihsan. Hal itu dilakukan semata-mata mahu menindas kerajaan
Terengganu yang dikuasai PAS pada tahun 1999 – 2004.
4. Salah guna
dana Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT). Kes ini membabitkan Ketua Wanita
Umno Selangor, Datuk Raja Ropiah Raja Abdullah. Yang bersudah payah ialah
ahli-ahli LTAT iaitu anggota Angkata Tentera Malaysia yang mengorbankan jiwa
dan raga untuk negara. Tetapi ada orang lain yang senang-senang menggunakan
duit mereka. Sepatutnya duit LTAT digunakan bagi membantu anggota ATM yang
telah bersara meneruskan kehidupan mereka.
5. Isu Felda.
Orang Melayu mungkin hilang salah satu aset terpentingnya. Penyenaraian anak
syarikat Felda ke bursa saham penuh kontroversi dan tipu muslihat. Walau pun
projek ini telah dibatalkan pada zaman Tun Abdullah Badawi, tetapi telah
dilaksanakan semula pada zaman Datuk Seri Najib melalui proksinya Tan Sri Isa
Samad. Penyenaraian ini lebih menimbulkan banyak polemik daripada keuntungan
kepada para peneroka.
6. Isu
pemberian kad pengenalan kepada warga asing secara pukal demi mengekalkan kuasa
politik. Hal ini telah pun diakui sendiri oleh Tun Dr Mahathir. Sabah merupakan
lubuk untuk warga asing memperoleh kad pengenalan segera. Tindakan ini bolehlah
dibaratkan menjual negara dan mengkhianati rakyat sendiri. Boleh jadi wakil
rakyat Umno-BN yang ada pada hari ini menang atas kapasiti ini.
7. Harga minyak
dan harga barangan terus naik. Hal ini membebankan rakyat keseluruhannya dan
tiada tanda-tanda Umno-BN bersedia mengurangkan harga tersebut. Rakyat
sepatutnya juga tidak lupa bagaimana perdana menteri menyeru supaya rakyat
berjimat cermat kerana kenaikan kos hidup, tetapi pada masa yang sama wakil
rakyat Umno-BN terus berbelanja mewah. Contohnya, rakyat terpaksa membeli
kereta dengan harga yang mahal kerana dikenakan pelbagai jenis cukai sementara
wakil rakyat dapat membelinya dengan harga yanng murah kerana cukainya tidak banyak.
8. Rakyat akan
lupa tentang skandal pembelian kapal selam Scorpene yang membabitkan jual beli
yang tidak munasabah. Sepatutnya dengan jumlah wang sama, Angkatan Tentera
Malaysia beroleh kelengkapan yang lebih canggih dan lebih banyak unit. Namun duit
negara dihabiskan untuk membayar kepada orang tengah dan proksi pemimpin
negara. Yang menjadi mangsa ialah anggota ATM. Skandal ini juga terpalit dengan
kematian seorang wanita monggolia yang dikatakan terbabit dalam rundingan
membeli kapal selam ini.
9. Hutang
negara meningkat kepada RM500 bilion. Jumlah itu boleh menyebabkan negara
muflis. Rakyat perlu sedar bahawa merekalah yang akhirnya terpaksa membayar
hutang tersebut melalui kenaikan pelbagai cukai, pengenalan cukai baru dan
pengurangan subsidi. Sepatutnya kerajaan berbelanja secara berhemah agar hutang
negara tidak meningkat dan tidak berlaku belanjawan defisit.
10. Ramai lagi
rakyat yang merempat dan tidak mempunyai tanah. Ada yang telah meninggal dunia
sedangkan tanah yang dipohon berpuluh tahun tidak diluluskan. Pada masa yang
sama kerajaan melancarkan pelbagai projek mega seperti Iskandar Malaysia dan
memajak atau menjualkannya kepada syarikat asing. Rakyat sendiri akhirnya hanya
mampu melihat tanah airnya dimiliki warga asing.
11. Janji untuk
mengurangkan beban tugasan guru. Janji tinggal janji. Sudah berapa orang
Perdana Menteri dan menteri pendidikan bertukar – beban guru bukan semakin
kurang bahkan semakin bertambah. Bukan itu sahaja, di sesetengah aliran waktu
bekerja rasmi juga ditambah sehingga jam 5 petang dan cuti penggal dipendekkan.
Banyak lagi,
tetapi rasanya rakyat sendiri tahu – rampasan kuasa di Perak, isu Memali,
PTPTN, menghina raja dan yang paling banyak ialah isu rasuah. Jasa? Ya, memang
ada jasanya. Takkan memerintah selama lebih 55 tahun tiada jasa. Namun,
kerajaan yang ada pada hari ini tenggelam dalam jasa-jasa silam dan lupa untuk
membuat jasanya sendiri. Yang ada hanyalah penguasa-penguasa yang rakus
memenuhkan tembolok sendiri.
Cuma saya ingin
sebutkan beberapa jasa yang dilakukan oleh sebuah kerajaan negeri tetapi
manfaatnya dapat ke seluruh negara. Kerajaan Kelantanlah yang mula-mula
melaksanakan cuti dua hari seminggu. Walalupun awalnya dikritik oleh kerajaan
pusat tetapi akhirnya dilaksanakan diseluruh negara. Keduanya, cuti bersalin
dua bulan juga dimulakan oleh Kelantan dan telah pun diikuti oleh kerajaan
pusat – turut dkiritik pada awalnya.
Ingatan ini
bukanlah apa-apa, cuma mengingatkan kepada orang Melayu yang mudah lupa. Bukan
saya yang kata, Tun Mahathir yang kata!
No comments:
Post a Comment