| Amirul Hadi - lahir pada 4.21 ptg. Khamis, 3 Syaa'ban 1431 |
Tawassalna bi Bismillah
Wa bil HADI Rasulillah
Wa kulli Mujahidillillah
| Amirul Hadi - lahir pada 4.21 ptg. Khamis, 3 Syaa'ban 1431 |
Khamis, 3 Sya'aban 1431. Semuanya berlaku begitu pantas. Penantian sembilan bulan berakhir abruptly dan hadirmu sekelip mata. Cuma dua jam di dalam labour room itu. 4.21 p.m. Ya Allah, anugerahkanlah kami dari sisiMu zuriat yang baik sesungguhnya Engkau Maha Mendengar doa. Alhamdulillah, anugerah Ilahi ini kami seisi keluarga terima dengan penuh rasa syukur dan amat gembira. Kakak-kakakmu Sarah dan Hajar dan abang-abangmu Amirul dan Ariff masih dalam perjalanan pulang dari sekolah. Tidak sabar menanti kehadiranmu, adik lelaki yang baru. 5.15 p.m. Azan dan iqamah seperti suruhan Nabi. Ya Allah berikanlah kami rezeki untuk mengikuti sunnah Nabi - segalanya - dari awalnya hingga akhirnya, zahirnya dan batinnya.


Bagi saya, Amirul begitu advance dalam menunjukkan tentrumnya sejak dahulu lagi, terutamanya kepada saya sendiri. Bukan sedikit insiden yang memeningkan kepala dan membuntukan fikiran serta tindakan. Kelemahan saya, kerap kali saya buntu memikirkan apa yang perlu dan wajar dibuat bilamana dia mempamerkan tentrumnya..jpg)

Bergolek-golek sambil menangis kemarahan di shopping complex memang menjadi salah satu rutinnya di antara umur 2-4 tahun. Beberapa kali pin tudung saya patah kerana ditarik kuat olehnya apabila kehendaknya untuk menaiki escalator di shopping complex tidak dituruti. Mujurlah kakaknya, Sarah memegang tudung dan membetulkan tudung saya cepat-cepat sebelum terbarai kerana pada ketika itu saya mendukung Ariff yang masih kecil.