Monday, August 31, 2009
Produk Muslim dan Halal-pilihan @ tanggungjawab?
Ada beberapa kenalan yg bertanya saya- kenapa perlu sertai HPA? Kalau nak tahu secara terperinci kenalah baca profil terperinci HPA dlm laman web HPA, di situ ada diterangkan matlamat,visi,misi dan asas perjuangan perniagaan HPA secara terperinci.
Walaubagaimanapun, ini pendapat peribadi saya mengapa saya sendiri menyertai HPA.
Umat Islam merupakan kumpulan pengguna terbesar di Malaysia. Kalau pergi TESCO,SOGO, CARREFOUR, mahupun ONG TAI KIM, rata-rata kita nampak orang Islamlah yg paling ramai membeli-belah di sana. Tetapi umat Islam jugalah yg sering dinafikan hak sebagai pengguna . Halal Haram yang sepatutnya kita tekankan diambil ringan oleh sesetengah pihak terutama pengusaha barangan makanan, contohnya kod lemak babi iaitu E476 di dalam coklat Crispy dan minyak yg digunakan di dalam pembuatan roti Hi-Fi yg jelas haram tetapi masih berleluasa di pasaran.
Semuanya berlaku kerana umat Islam sendiri masih belum menguasai pasaran makanan di Malaysia secara meluas. Kita masih menyerahkan urusan perniagaan ini kpd bangsa asing yg sesetengahnya tidak prihatin dan tidak menghormati kepercayaan Tauhid masyarakat Islam.
Sebagai pengguna Islam, sepatutnya kita jelas dan yakin ttg barangan yg kita guna, kita mempunyai dasar yg jelas dalam membuat keputusan sebagai pengguna dan kita perlu lebih bijak dan sedar tentang barangan yg kita guna.
Dalam membeli barangan harian juga, sebagai pengguna Islam ada beberapa soalan yg perlu kita tanya sebelum membeli dan menggunakannya-antaranya adakah produk tersebut memberi manfaat kpd pengguna? adakah syarikat yg mengeluarkannya memusuhi Islam dan menyalurkan keuntungan perniagaan mereka utk menghancurkan Islam? Banyak lagi yg perlu kita selami dan dalami , lebih-lebih lagi dalam dunia sekarang yg tanpa sempadan, terlalu banyak anasir-anasir luar yg tidak kita sedari berlaku termasuk pencabulan hak asasi kita sebagai pengguna Islam. Yang paling sedih sekali, bila masih ramai lagi masyarakat Islam yg menggunakan produk keluaran Yahudi yang terang-terangan memusuhi Islam. Keuntungan yang mereka dapat hasil dari urusniaga dengan umat Islam di seluruh dunia termasuk Malaysia disalurkan utk menindas dan menghapuskan masyarakat Islam Palestin, yang merupakan saudara kita sendiri !!!!!
Tahu tak sedikit masa dulu syarikat yg mengeluarkan Ribena telah disaman kerana kandungan vitamin C dalam Ribena yang hampir-hampir 0% ? Maggie dengan kandungan garamnya yg 5.6 kali lebih masin daripada air laut? Semua ni kita tak tahu atau tak ambil tahu sebab tidak dilaporkan di dalam akhbar mahupun TV. Banyak lagi produk-produk lain yg menggunakan lemak babi sebagai emusifier, masih berleluasa di pasaran. InsyaAllah , saya akan senaraikan kod lemak babi di dalam blog ni di dalam entry yg lain......
Saya berharap lebih ramai lagi yg akan menyertai HPA , bukan sahaja sebagai pengguna Islam yg prihatin ttg halal haram, tetapi sebagai satu usaha mengembalikan tanggungjawab faardhu kifayah menyediakan pasaran makanan halalan thoyyibah kepada seluruh umat Islam di Malaysia dan pasaran global .Juga sebagai wadah untuk mencari redha Allah melalui pasaran halal yg mana tujuan kita adalah mencari keberkatan hidup dunia dan akhirat.
Yang penting kita sebagai individu Islam perlu ada rasa tanggungjawab utk bersama-sama berusaha meluaskan pasaran halal , salah satu cara adalah dengan mengguna dan menjual serta menyokong produk HPA
Yuran penyertaan HPA murah je RM 30/- sahaja. Apa yg diperlukan adalah satu salinan IC, senangkan?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment