Hari ni dah masuk hari ke 13 kita berpuasa. Bermakna 1/3 drpd pembahagian bulan Ramadhan telah kita lalui. Rahmat Allah yg diturunkan pada suku pertama yang lalu (1-10 Ramadhan) belum tentu dapat kita menfaatkan sewajarnya, tiba-tiba dah sampai fasa kedua . Suku kedua yg berakhir pada 20 Ramadhan iaitu mendapat keampunan Allah dan seterusnya kemuncaknya iaitu 21-30 Ramadhan bebas dari api neraka bermakna jalan menuju ke syurga yang merupakan tujuan utama kita dibuka seluas-luasnya oleh Allah pada bulan ini.
Sama-sama kita muhasabah dan menilai kembali amalan yang telah kita lakukan samada layak atau tidak mendapat bonus daripada Allah SWT.
Kali ni saya nak berkongsi resipi. Resipi ni saya perolehi daripada majalah Anis bulan Julai 2009.
Sebetulnya saya jarang membaca majalah Anis, tapi disebabkan di dalam keluaran Julai ada dimuatkan ruangan usahawan dan fokus pada Radix Fried Chicken HPA, maka sayapun belilah majalah tersebut. Memang tak rugi membaca Anis-pedoman wanita solehah-tambah ilmu dan tambah amal melalui pembacaan yang bermanfat.
Cubalah resipi ni untuk berbuka puasa nanti
KASEROL KELEDEK
Bahan-bahan
1) 6 ketul keledek sederhana besar
2) 2 biji telur ( asingkan kuningnya)
3) 3/4 cawan pisang lenyek
4) 1/4 cawan mentega atau marjerin (dilembutkan)
5) 1/2 sudu teh parutan halus kulit lemon
6) 1/2 sudu teh garam
Cara-cara membuatnya
1) Rebus keledek hingga empuk (boleh juga dikukus)
2) Kupas kulit keledek dan lecek dengan mixer pada kelajuan rendah
3) Masukkan pisang, mentega @ marjerin, kulit lemon dan garam (putar hingga lembut)
4) Masukkan kuning telur
5) Dalam bekas berasingan, putarkan putih telur hingga kembang pekat. Tuang ke dalam
dunan keledek tadi dan gaul perlahan-lahan dengan sudip hingga sebati.
6) Masukkan adunan ke dalam mangkuk kaserol yang telah dilengserkan dengan mentega.
Ratakan adunan. Tutup mangkuk dan bakar pada suhu 350C selama 20 minit.
7) Buka tudung mangkuk dan bakar lagi selama 20 hingga 25 minit lagi
Sedia dihidangkan untuk lapan orang . Selamat mencuba
Manfaat kesihatan yangterkandung dalam keledek:-
- Protein unik mengandungi antioksidan atau nilai penyembuh
- 'Sayur akar' ini sangat kaya dengan vitamin A (dalam bentuk beta kerotin),
vitamin C dan mineral. Vitamin A amat penting untuk kesihatan mata dan
pertumbuhan tulang, kulit yang sihat dan membantu sistem penghadaman.
Vitmin C pula berkuasa menyingkirkan radikal bebas iaitu sejenis bahan kimia
yang memusnahkan sel-sel pembentukan penyakit jantung, diabetik dan barah usus.
No comments:
Post a Comment