Sunday, September 13, 2009

Keistimewaan Kopi Radix


Tahu tak dalam banyak-banyak produk keluaran HPA, kopi radixlah yang paling top sekali. Ia menjadi pilihan bagi penggemar kopi bukan saja disebabkan rasanya yang lazat, tetapi kerana khasiatnya yang pelbagai. Di kedai-kedai makan , restoran mamak, gerai-gerai boleh dikatakan 90% daripada kedai-kedai makan di sekitar KL ada kopi radix disediakan di dalam menu harian mereka . Disamping tu aromanya yang istimewa (mengandungi 7 jenis herba) menyebabkan ia berbeza daripada kopi-kopi lain.

Iklan kopi radix (Mai secawan ) yang memaparkan sekumpulan explorer yang terkandas kenderaan 4X4 mereka di dalam sungai, tetapi berjaya menyelesaikan masalah mereka setelah minum kopi radix betul-betul memberi pulangan yang menguntungkan buat HPA. Iklan tersebut telah memenangi iklan terbaik peringkat Asia bagi kategori yang dipertandingkan. Kesemua pelakon iklan tersebut adalah orang Islam termasuk seorang lelaki macam Mat Saleh tu (yang cakap "Mai Secewe") adalah pelajar UIA yang berasal dari Turki.

Khasiat kopi radix ialah :-

1) Sebagai 'afrodisiak' menambah fertiliti (kesuburan)
2) Melawas air kecil dan air besar( sembelit)
3) Menghilangkan sakit sendi, urat serta menguatkan otot
4) Mengaktifkan biosintesis ke atas hormon endrogen
5) Berfungsi sebagai anti kanser
6) Mengandungi flavonoid sebagai anti-oksidan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...