Sunday, February 19, 2012
HPA City di Shah Alam- Radix Fried Chicken di Shah Alam 2010
Berita terkini: comment dari Radix Fried Chicken - Hari Isnin, 20/02/2012 RFC Shah Alam akan dibuka.
-----------------------------------
HPA terajui Radix Fried Chicken. Terkini RFC telahpun bersetuju membuka sebuah cawangan di Shah Alam dan dijangka akan dibuka pada tahun depan (2010). Nampaknya dapatlah saya dan rakan-rakan di Lembah Klang merasa RFC yang sekian lama disebut-sebut oleh sahabat di sebelah utara Semenanjung.
2 buah RFC kini terdapat di Sg. Petani, Kedah. Kemudian atas permintaan ramai, sebuah lagi dibuka di Alor Setar. Dah ada 3 buah di Kedah setakat ni. Mengikut crita org-org di sana, semasa pilihanraya kecil di Kedah sedikit masa dulu, penyokong dan petugas PAS, DAP dan UMNO makan sama-sama di dalam RFC sambil bercerita tentang perjalanan pilihanraya yg mereka lalui. Semua enjoy makan RFC di dalam premis RFC, bila keluar dari RFC, masing-masing sambung kerja, macam tak ada apa-apa berlaku.
RFC di Melaka, Kluang dan Perlis dijangka mula beroperasi pada bulan hadapan.
Macam biasalah HPA tetap komited menggunakan herba-herba terpilih dalam ramuan tepung goreng RFC, disamping ayam organik yang diternak khas tanpa suntikan hormon . Makanan ayam yang diternak ini juga istimewa-habbatus sauda, jagung,tongkat ali dsb. Sos yang dihidangkan di dalam RFC tentulah sos keluaran HPA-sos cili, sos tomato dan sos cili Thai yang tiada pewarna, perasa tambahan dan bahan pengawet. Minuman berkarbonat yang dihidangkan pula seperti radix sarsi, oren dan cola yang kurang tekanan dan kurang kandungan gula berbanding dgn minuman berkarbonat yang lain. Untuk kanak-kanak pula disediakan minuman roselle yang kaya dengan Vitamin C. Pendek kata kesemua menu yang disediakan adalah menyelerakan dan yang penting halallan thoyyibah.
Tak sabar rasanya nak makan di RFC Shah Alam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
skang dah buka ke RFC shah alam?
ReplyDelete