Khuatir tidak dapat mengucapkan selamat berangkat kepada Cik Yah kuih koci, saya singgah di warungnya petang semalam. Belumpun sempat saya menghulurkan tangan, cik yah segera memeluk saya erat sambil mengucapkan syukur kehadrat Allah kerana tahun ini tiba gilirannya dan suaminya menunaikan ibadah haji setelah menunggu giliran bertahun-tahun. Saya segera meminta maaf kerana tidak berkesempatan menghadiri kenduri doa selamat di rumahnya pada Ahad lepas. Jelas di raut wajah Cik Yah kegembiraan yang sukar dibayangkan, tidak lagi sugul seperti 2 minggu lalu di mana pada ketika itu Cik Yah masih belum mendapat surat pengesahan dari Tabung Haji tentang keberangkatannya ke Tanah Suci. Surat tersebut diperolehi genap 10 hari sebelum beliau berlepas menaiki KT 66 terus menuju ke Mekah, berpakaian ihram di rumahnya dan berniat ihram di miqat yang ditetapkan di dalam pesawat. Cik Yah salah seorang tetamu Allah daripada 26 ribu jemaah haji Malaysia yang bakal mengerjakan haji pada musim haji 1430. Semuga perjalanannya ke Tanah suci bersama-sama dengan jemaah haji lain sentiasa di bawah lindungan Allah dan berjaya menunaikan Rukun Islam ke 5 dengan sempurna, dan memperolehi haji mabrur, Insya Allah. Kepada rakan-rakan yang lain- Kak Alijah dan suami, Kak Zainab dan suami serta rakan-rakan yang menyembunyikan pemergian kalian ke tanah suci, selamat berangkat, semuga dilindungi dan dirahmati olehNya selalu dan bakal memperolehi Haji Mabrur. |
Sunday, November 15, 2009
Cik Yah ke Makkah
Labels:
Sahabat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment