Program MAP ni walaupun diadakan selepas exam akhir tahun yang budak2 dah pun dapat result masing-masing tambah pulak baru start cuti sekolah tapi sambutan amat menggalakkan. Ahad lepas peserta termasuk Sarah lebih 240 orang dan mengikut Dr Asmadi, selepas 15 tahun lebih 80 ribu telah mengikuti program MAP. Kayalah kau Dr ooi.
Apapun alihan paradigma kesan dari motivasi yang diberikan oleh Dr Asmadi dan tenaga pengajar yang lain is remained to be seen. Perubahan ketara memang boleh dilihat sekiranya peserta tu memang bermasalah tapi nak getting from better to best tu perlukan proper guidance dari mak bapak jugak.
Zaman buak-budak sekarang tak sama dengan masa kita dulu, termasuklah kemudahan internet yang ada sekarang ni. Sepuluh tahun dulu internet masih primitif lagi, walau kami dah melanggan dengan tmnet sejak 1999, tapi tak sama dengan la ni. Since dah sebut pasal internet, dalam website MAP tu ada link ke beberapa site yang elok untuk anak-anak pergi dan test skill masing-masing dari pegi ke tempat-tempat yang tak de pedahnya tu . Nak kasi senang, pilih je link di bawah:
A+ Math adalah laman pilihan bagi ibu bapa yang ada anak-anak sedang bersekolah rendah. Anak anda boleh menyelesaikan pelbagai soalan matematik secara interaktif.
Guide to Grammar and Writing adalah merupakan laman belajar Bahasa Inggeris yang cukup berkesan. Pelbagai kuiz disediakan untuk menguji pengetahuan anda.
Laman Fizik adalah satu laman yang amat berguna telah disediakan oleh seorang guru Fizik dari Kolej Tunku Kurshiah
Laman belajar Bahasa Inggeris Online yang disediakan secara PERCUMA.
Laman Infoplease.com adalah satu gedung maklumat yang menyediakan pelbagai ilmu pengetahuan.
Laman belajar matematik untuk peringkat yang lebih tinggi.
No comments:
Post a Comment