Salah satu restoran RFC
Oleh Zainuddin Zain (hmetro.com.my) | 24-02-10HPA Industries Sdn Bhd, syarikat jualan langsung (MLM) milik penuh Bumiputera terbesar di negara ini yang terkenal dengan produk jenama Radix, yakin 2010 akan menjadi tahun kebangkitannya di Indonesia dengan pembukaan lebih banyak cawangan di republik itu.
Selain itu, kejayaan menjalin usaha sama dengan sebuah pesantren di Bandung untuk projek ladang ternakan ayam organik dan jagung untuk makanan ternakan itu akan merealisasikan pembukaan pertama restoran Radix Fried Chicken (RFC) di Indonesia.
RFC yang terkenal dengan menu ayam organik dan rempah berherba tanpa bahan kimia kini dibuka di Alor Setar selain Lagenda Heights dan Bandar Laguna di Sungai Petani, Kedah.
Restoran makanan segera itu juga dibuka di Melaka dan Kluang, Johor manakala cawangan lain yang akan menyusul dalam tempoh terdekat ialah Shah Alam, Selangor.
Pengarah Urusan HPA, Ismail Ahmad, berkata sejak bertapak di Indonesia 10 tahun lalu, 2009 menjadi tahun paling berjaya bagi HPA yang kini diiktiraf sebagai MLM Syariah.
sumber: http://www.hmetro.com.my/articles/RFCdibukadiIndonesia/Article/
ayam goreng pun ado ko.. baru mulo ambil madu-nak lawan yang ariff..
ReplyDeletelepas makan madu paklong pilah try rfc kat mitc tu..
ReplyDelete