Monday, March 29, 2010

Terengganu Kite 3 - Kawang Lame

Sahabat saya ni anak jati Terengganu. Azlena Mohd. Noor a.k.a. AMN (gelaran kami beri masa di UTM dulu). AMN berasal dari Kg. Rhu Dua, Rusila, Marang, Terengganu. Semasa baru berkenalan pada tahun 1989, AMN terus dicop sebagai orang PAS, almaklum sekampung dengan Presiden PAS, Tuan Guru Haji Hadi Awang. Walaupun berlainan kursus, tetapi hubungan kami agak rapat kerana kami tinggal di blok H08 Kampung Belian, bersama-sama Zalini, Roai, Ecah, Sh. Juliana, Azawana dan Rohani kami memulakan langkah sebagai freshie UTM bagi sesi 89/90.

20 tahun berlalu dan kini berpeluang bertemu semula AMN di Kuala Terengganu. Terima kasih AMN melapangkan masa mengunjungi kami di Permai Inn, KT tempohari. Walaupun AMN berkeras menyuruh kami mengunjunginya dan bermalam di rumah beliau, namun berbanyak maaf kerana tidak dapat memenuhi jemputan mung, lagipun pada hari yang sama AMN akan menerima kunjungan saudara mara lain dari Kelantan. InsyaAllah jika berkesempatan berkunjung lagi keTerengganu rumah mung di Rusila bakal menjadi destinasi utama kami.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...