Wednesday, September 12, 2012

Felda oh Felda

Setakat 1.00 hari ni 11 Sept, saham Felda di paras RM4.58 se unit
Felda's Publicity department is said to have spent a total of RM494,560 on prime minister Najib Razak’s Hari Raya greeting cards, said whistleblower group National Felda Settlers’ Children association chairman Mazlan Aliman. Read more here.

FGVHB - Bukti peneroka dikhianati makin terserlah - Maka pada tarikh puaka 28 Jun 2012 tercatatlah di dalam sejarah Malaysia satu lagi pengkhianatan besar oleh pemimpin Melayu ke atas umat Melayu. Kali ini dalam bentuk penggadaian tanah perladangan yang telah diusahakan peneroka Felda berabad-abad lamanya bersama-sama dengan rangkaian perniagaan yang dibina di atas biaya wang peneroka kepada kapitalis rakus yang tidak pernah mencurah barang setitik keringat pun dalam membangunkan hutan belantara menjadi tanah ladang luas terbentang. Baca lagi di sini.

Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) mendakwa peneroka yang terpaksa membuat pinjaman bagi membeli saham Felda Global Ventures Holdings (FGV) kini mengalami kerugian.

Pengerusinya Mazlan Aliman mendakwa, pengurus bank yang dirujuk persatuan itu menyatakan bahawa harga saham pada RM4.70 merupakan had di mana peneroka akan mula mengalami kerugian.
Penasihat ekonomi ANAK Dr. Rosli Yaakob pula menjelaskan perkara itu disebabkan dividen pada tahap harga berkenaan tida mencukupi untuk menampung pinjaman yang dibuat peneroka.

Tuesday, September 11, 2012

Ini kerja Najib tika saham Felda merudum

Iqwal: lagu Anak Kampung
Tatkala peneroka Felda mula menangis menanggung kerugian kejatuhan saham, Najib & Rosmah bergumbira menyanyikan lagu "Anak Kampung" dengan Iqwal sebab janji dah pun ditepati.

Harakahdaily: Video klip yang memaparkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datik Seri Rosmah Mansor menari dan menyanyi di majlis Aidilditri beliau kini mula mendapat tarikan ramai. Video klip yang turut memaparkan Datuk Seri Rais Yatim dan isteri mula disebarkan melalui Youtube tetapi dengan link yang terhad. "This video is unlisted. Only those with the link can see i".

Ia memaparkan bagaimana seorang penyanyi baru, Iqwal Hafiz menyanyi lagu "Anak Kampung" dengan diiringi tarian oleh Najib, isteri dan rakan-rakannya. Untuk menonton video ini, sila klip di sini. Namun selepas disiarkan Harakahdaily, link ke laman itu telah dikeluarkan oleh pemiliknya.

Namun ia boleh dilihat di sini pula.

Monday, September 10, 2012

World in green

Flouresecnt bulb moon by Chinese artist, Wang Yuyang
Man-made technology is great, but Mother Nature is the greatest inventor of them all -- and scientists are discovering new ways to take advantage of the tools found in nature. Take, for example, a team of researchers from Vanderbilt University who developed a solar cell using the photosynthetic protein found in spinach.

Saturday, September 8, 2012

iPhone 5 - It's almost here


Following weeks and rumors of speculation, Apple has announced a media event for Wednesday, September 12th. Above is the invitation that reads “it’s almost here” (via Peter Ha). Obviously, the huge ’5 shadow seems to indicate that the new iPhone will be called the ‘iPhone 5.

Friday, September 7, 2012

Saham FGV jatuh bawah paras psikologi


Harga saham syarikat perladangan gergasi Felda, Global Ventures Holdings Bhd (FGV), telah jatuh di bawah paras psikologi RM5, apabila ditutup pada harga RM4.77 hari ini, dan dijangka mencetuskan satu lagi pusingan debat mengenai kontroversi penyenaraiannya Jun lalu.

Harga sahamnya telah berlanjutan merosot sejak pertengahan bulan Julai - dengan berkisar sekitar paras RM5 dalam tempoh sebulan lalu.

Bagaimanapun, saham FGV merosot 15 sen kepada RM4.85 selepas dibuka pada harga RM5 dalam dagangan awal pagi Rabu.

Tuesday, September 4, 2012

Antara pijak gambar & kencingkan gambar


Satu Malaysia kecoh. Semua menteri termasuk Prof UMNO komen cakap pembangkang pijak gambar DS Najib. Kalau orang BN buat takpa pula ye. Agak-agak keluar tak gambar 2 tu kat dalam TV.
Yang pasti: 

1) Aku mengutuk sesiapa yang memijak gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor.

2) Aku juga mengutuk mereka yang telah kencing gambar Tuan Guru Haji Hadi dan Tuan Guru Nik Aziz.

Aku mengutuk semua lambang-lambang perbuatan rendah akhlak ini. Anda pula bagaimana? Adakah anda bersetuju akan perkara nombor 1 dan buat-buat tak tahu akan hal nombor 2 tersebut?
 

Friday, August 24, 2012

Ustaz Don-Husna selamat diijab kabul

Imej dari blog aku penghibur
SHAH ALAM - Pengacara program 30 Minit Ustaz Don, Don Daniyal Don Bijayid selamat bernikah pagi semalam, di Pulau Pinang, dengan wanita pilihannya, Husna Zahry Rafie. Majlis pernikahan itu berlangsung dalam suasana sederhana tanpa liputan besar-besaran. 

Thursday, August 23, 2012

Updated: Eid Mubarak 1433


More pics added 7 Sept 2012 Eid Mubarak | Taqabbalullahu minna waminkum | Taqabbal ya Karim | Selamat Hari Raya Aidil Fitri 2012 | Maaf Zahir & Batin | Ikhlas dari kami krew Nani's Place | & Uwan.


Imej2 terpilih >>

Saturday, August 11, 2012

Gempar Subhanallah tertera tulisan Muhammad di atas Masjid Nabawi

Masjid Nabawi, Madinah Al Munawwarah
SubhanAllah!

Awan membentuk nama "Muhammad" ketika siaran langsung sebelum bermulanya solat Maghrib dari Al-Masjid an-Nabawi.

Nukilan Abu Luqman

Thursday, August 9, 2012

Lailatul Qadar

Dinamakan lailatul qadar kerana pada malam itu malaikat diperintahkan oleh Allah swt untuk menuliskan ketetapan tentang kebaikan, rezeki dan keberkahan di tahun ini, sebagaimana firman Allah swt:

إِنَّا أَنزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةٍ مُّبَارَكَةٍ إِنَّا كُنَّا مُنذِرِينَ ﴿٣
فِيهَا يُفْرَقُ كُلُّ أَمْرٍ حَكِيمٍ ﴿٤
أَمْرًا مِّنْ عِندِنَا إِنَّا كُنَّا مُرْسِلِينَ ﴿٥

Artinya : "Sesungguhnya kami menurunkannya pada suatu malam yang diberkahi dan Sesungguhnya Kami-lah yang memberi peringatan. Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah, (yaitu) urusan yang besar dari sisi kami. Sesungguhnya kami adalah yang mengutus rasul-rasul." (QS. Ad Dukhan : 3 – 5)

Sunday, August 5, 2012

Nuzul Al Quran

Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.

Thursday, August 2, 2012

Qiam with Al Sultan


Sejarah tercipta...pintu istana dibuka untuk rakyat sempena Ramadhan... Qiammulail Perdana di Istana Negeri bersama Al Sultan Kelantan & Tazkirah bersama Ustaz Azhar Idrus...

Monday, July 30, 2012

Next-gen iPhone


Another supposed look at the next-gen Apple iPhone, the elongated iPhone body with a miniaturized docking port and brushed metal back. Repair shop iLab has posted its own photos, but these images apparently showcase a fully assembled body. The new photos give a clear look at what a black, fully-assembled next-generation iPhone might look like when it ships to customers this fall. The repair shop also has some photos of other individual components like home buttons and volume keys.

Read more at 9to5mac.

Tuesday, July 24, 2012

Damailah dalam Pelukanku

KESEPIAN

Malam minggu yang tenang. Sementara si comel baru tidur setelah penat bermain, aku mencari masa mengisi aktivitiku.

“Ma…..ma….ehek…ehek…”

Rengekan si comel menyentap salur separuh bulat telingaku. Aku lantas bergegas masuk ke kamar tidur. Terletak bersebelahan dengan perpustakaan mini, tempatku berkarya. Dalam suramnya cahaya lampu tidur, sinar wajahnya kemilau. Pandanganku menyimbah kasih. Dia tampak kesedihan. Memerlukanku. Apabila tanganku menepuk belakangnya, dia pantas terlena semula. Tenang. Mimik mukanya seakan cuba memberitahuku, 

“Ummi, temankanlah”.

Kusedar dia perlukan waktu untuk mengerti tentang kegelapan dan kesepian. Moga ia damai dalam pelukanku. Dari alam rahim yang akrab denganku, dia hadir ke dunia yang asing ini. Tanpa mengerti suatu apa pun. Kubacakan doa buatnya lalu kuhembus ke ubun-ubun. Terima-kasih Allah kerana sudi mengingatkanku agar mendoakan pinjaman-Nya ini. Doa seorang ibu tinggi di sisi Ilahi. Terasa nikmat menjadi ibu. Damai ku merenung wajah bersih sedang beradu. Kelak, di alam barzakh, aku sangat kebulurkan doanya. Aku yakin, jika seorang ibu ingin mendidik anaknya mendoakan ibubapanya, ibubapa terlebih dahulu kena rajin mendoakan anak. Didikan melalui tauladan.

SUSU TERBAIK DI DUNIA

Monday, July 16, 2012

Hadi is two


Hadi had gotten another good one year. Can't get enough of him, can you?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...