Monday, October 31, 2011
Syurga di bawah tapak kakimu
Oktober 1939 mak lahir ke dunia , tetapi tarikh sebenar tidak diketahui sesiapa- kecuali arwah atuk dan nenek. Apa yang direkodkan di dalam surat beranak mak hanya Okober 1939. Selamat Hari Jadi buat mak - Hajjah Petimah @ Hamidah binti Abas, semuga terus tabah, tenang dan sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah, sebagaimana tenangnya hidupmu selama ini,sebagaimana berhikmahnya nasihatmu kepada kami - hidup ini ujian dan persinggahan , tujuan dan matlamat kita hanya untuk hidup mewah di akhirat. Terima kasih mak kerana membesarkan kami dengan penuh kasih sayang, tak syak lagi -syurga di bawah tapak kakimu.
Labels:
Family
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment