Showing posts with label Al Quran. Show all posts
Showing posts with label Al Quran. Show all posts

Thursday, April 18, 2013

Surat terbuka kepada khadam politik



Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS

1.    Di zaman Rasulullah SAW berdakwah dan berjihad, Islam bukan sahaja menghadapi musuh di kalangan ahli kitab, tetapi juga dari kalangan mereka yang berilmu berkenaan Islam dan kenabian Muhammad SAW. Mereka ini juga ikut serta menentang Islam secara terbuka, atau bersembunyi di belakang kalangan munafiqin (yang berpura-pura Islam) atau mempengaruhi orang-orang Islam yang lemah imannya.

2.    Kumpulan ini sanggup menentang Islam kerana terlalu terpengaruh dengan harta dan pangkat yang mudah dicapai. Mereka ini bersedia melakukan apa sahaja yang terdekat dan cepat tanpa memikirkan akibatnya. Walau pun mereka percaya benarnya Islam dan mulianya Rasulullah SAW  dengan sifat yang terpuji dan akhlak yang luhur, tetapi kemenangan Islam dianggap payah dan mungkin mustahil . Apatah lagi mereka memikirkan bahawa akhirat terlalu jauh, lalu memilih jalan yang mudah, dekat dan tidak mencabar.

3.    Kalaulah seorang tokoh seperti Rasulullah SAW pun menghadapi jenis manusia yang begitu rupa, maka di zaman umat yang menyambung perjuangannya tentulah lebih banyak lagi, mungkin dengan cara dan sifat yang berlainan. 

Thursday, June 28, 2012

Kelebihan Nisfu Syaaban


El Paso, USA

Dalam Raudatul Ulamak dan diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

أَتَدْرُونَ لِمَ سُمِّيَ شَعْبَانَ؟ قَالُوا: اللهُ وَرَسُولُهُ أَعْلَمْ. قَالَ: ِلأَنَّهُ يَتَشَعَّبُ فِيهِ خَيْرٌ كَثِيرٌ.

Yang bermaksud, Tahukah kamu kenapa bulan ini dinamakan Syaaban? Para sahabat menjawab: Allah dan RasulNya mengetahui. Baginda bersabda: Ianya dinamakan demikian kerana bercabang-cabang dan banyak kebaikan padanya.

Firman Allah,
فِيهَا يُفْرَقُ كُلُّ أَمْرٍ حَكِيمٍ.

Yang bermaksud, Pada malam yang berkat itu, dijelaskan (kepada malaikat) tiap-tiap perkara yang mengandungi hikmat serta tetap berlaku, (tidak berubah atau bertukar). Al-Dukhaan: 4

‘Ikrimah dan sebahagian ulamak tafsir menjelaskan bahawa perkataan malam pada ayat ini bermaksud malam nisfu syaaban.
                                           
Di sini dinyatakan kelebihan malam nisfu Syaaban sebagaimana sabda Nabi saw,

قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إِذَا كَانَ لَيْلَةُ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ فَقُومُوا لَيْلَهَا وَصُومُوا نَهَارَهَا، فَإِنَّ اللهَ تَعَالَى يَنْزِلُ فِيهَا لِغُرُوبِ الشَّمْسِ إِلَى سَمَاءِ الدُّنْيَا فَيَقُولُ: أَلاَ مُسْـتَغْفِر فَأَغْفِر لَهُ، أَلاَ مَسْتَرْزق فَأَرْزُقهُ، أَلاَ مُبْتَلى فَأُعَافِيه، أَلاَ كَذَا، أَلاَ كَذَا حَتَّى يَطلعُ الفَجْر.

Yang bermaksud, Rasulullah saw telah bersabda: Apabila tiba malam Nisfu Syaaban maka kamu hidupkanlah malamnya dan kamu berpuasa di siang harinya, sesungguhnya Allah turun (hampir) padanya dari terbenam matahari ke langit dunia dan berfirman: Sekiranya terdapat orang yang memohon keampunan maka Aku ampunkannya, sekiranya terdapat orang yang meminta rezeki maka Aku beri rezeki kepadanya, sekiranya terdapat orang yang ditimpa bala maka Aku sejahterakannya, sekiranya begitu… sekiranya begini…sehinggalah terbitnya fajar.

(Riwayat Ibnu Majah)

Tuesday, August 16, 2011

Nuzul Al-Quran



Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat Al Quran kepada Nabi Muhammad s.a.w. secara berperingkat-peringkat dan seterusnya  menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan “Nuzul” bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.

Friday, December 25, 2009

Isa Ibnu Maryam

Benarkah lahirnya nabi ulul azmi, Isa Ibnu Maryam pada 25 Disember, 2009 atau 2010 tahun yang lalu? Saya meraguinya. Al Quran surah Maryam ayat ke 25 memerintahkan Maryam supaya mengegarkan pohon kurma yang berada di sisinya untuk mendapatkan rutob (kurma segar) untuk makanan sebaik sahaja Isa Ibnu Maryam dilahirkan. Tapi boleh ke pohon kurma berbuah dalam bulan Disember yang bersalji?

Biasanya kurma akan masak ranum dalam musim panas atau selewat-lewatnya musim luruh bagi negeri-negeri yang mempunyai empat musim termasuk negeri-negeri beriklim mediterranean seperti Palestine. Maka di lembah Baitul Laham, tempat di mana ulamak sepakat mengatakan tempat lahirnya Nabi Isa AS (Jesus), atau di Nazareth, mengikut orang-orang Kristian, peristiwa masak ranumnya kurma supaya mudah disunting oleh Maryam pastinya berlaku lebih awal dari musim sejuk. Kalau kita imbas peristiwa penangkapan musuh nombor wahid Amerika, Saddam Hussein yang hanya dihebohkan pada Disember 2003, terdapat keraguan tarikh sebenar arwah Saddam ditangkap dan siasatan bebas menunjukkan bahawasanya arwah Saddam sebenarnya telah ditangkap 2-3 bulan sebelum itu. Ini mungkin benar dan dapat dikenalpasti dengan pemerhatian teliti pada gambar lokasi 'lubang tikus' yang berlatarbelakangkan kebun kurma di Tikrit walaupun terdapat penafian sebenarnya dia telah dibelot oleh saudara sendiri dan diberi dadah untuk ditangkap oleh askar Amerika.

Tuesday, November 10, 2009

Quranic Verses on Baby's Body



Qur'anic verses have reportedly appeared on the body of a nine-month old boy named Ali from the Russian Republic of Dagestan. Since his birth, birthmarks in the form of Arabic script have been appearing on Ali's body. First, there were individual letters but then texts began appearing, the Russian-language Vesti news channel quoted his parents as saying on Thursday.

"First, there was a hematoma on his chin. When the bruise went off, we saw the word "Allah," Ali's mother Madina Yakubova said.

Surprisingly, one of the baby's legs has an inscription, "Allah is the creator of all entities."
The TV channel reported that Ali was first diagnosed with "ischemic heart disease of the second degree" and "infantile cerebral paralysis" in the maternity clinic. However, after the inexplicable events began happening, he was examined again and found healthy.
The incident has been drawing hundreds of Dagestani Muslims to Ali's home everyday, prompting local authorities to guard the house round-the-clock.

Dipetik dari RADIX@HPA AMPANG

Friday, October 9, 2009

Waktu gempa sama dgn ayat & surah dlm Al-Quran... masya-Allah

Bismillah
Allahummasolli' alaMuhammad wa'alaaliMuhammad
Assalamu'alaikum,
“Gempa di Padang jam 17.16, gempa susulan 17.58, esoknya gempa di Jambi jam 8.52. Cuba lihat Al-Qur’an!” Demikian bunyi pesan singkat yang beredar. Siapapun yang membuka Al-Qur’an dengan tuntunan pesan singkat tersebut akan merasa kecil di hadapan Allah Swt. Demikian ayat-ayat Allah SWT tersebut:

17.16 (QS. Al Israa’ ayat 16): “Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.”

17.58 (QS. Al Israa’ ayat 58): “Tak ada suatu negeri pun (yang durhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz).”
8.52 (QS. Al Anfaal: 52): (Keadaan mereka) serupa dengan keadaan Fir’aun dan pengikut-pengikutnya serta orang-orang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan disebabkan dosa-dosanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras siksaan-Nya.”

Tiga ayat Allah Swt di atas, yang ditunjukkan tepat dalam waktu kejadian tiga gempa kelmarin di Sumatera, berbicara mengenai azab Allah berupa kehancuran dan kematian, dan kaitannya dengan hidup bermewah-mewah dan kedurhakaan dan juga dengan keadaan Fir’aun dan pengikut-pengikutny a. Ini tentu sangat menarik.

People drag out their motorcycle from the ruins of their house in Padang
on Indonesia's Sumatra island October 1, 2009. (REUTERS/Crack Palinggi)

sumber: email budakkampung8@gmail.com
p/s kebetulan dalam ceramah Us Ismail Kamus di IJN tengahari semalam ada menyebut pasal fenomena ni.

Monday, August 24, 2009

Ramadhan Al Karim- Radix cereal, kurma dan surah Quraisy.



Ramadhan Al-Karim..... Salam Ramadan, semuga Ramadhan tahun ini yg terbaik buat kita semua dari segi amalan mahupun penghayatan kita. Kepada yg belum cuba sendiri produk HPA, amalkan bermula Ramadhan ini . Saya sendiri minum radix cereal di akhir2 waktu sahor, InsyaAllah berkesan untuk mencegah rasa lapar terutama bagi penghidap gastrik minor yg terasa pedih ulu hati apabila perut kosong, disamping amalan makan buah kurma dan membaca surah Al-Quraisy sebelum menjamah hidangan sahor. Di samping itu, saya dan anak sulung juga mengamalkan spirulina kapsul bagi meningkatkan imuniti badan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...