Showing posts with label PRU13. Show all posts
Showing posts with label PRU13. Show all posts

Wednesday, April 17, 2013

Aminulrasyid’s kin files RM50m suit, heats up battle for Shah Alam

Aminulrasyid's mother, Norsiah Mohamad (left), and sister Nor Azura Amzah look on during a press conference outside the High Court in Shah Alam April 17, 2013. — Picture by Choo Choy
SHAH ALAM, April 17 ― The family members of Aminulrasyid Amzah filed a RM50 million “unlawful killing” lawsuit against the police and the government today, in a case that could reignite public anger among voters here over how the schoolboy was shot 21 times by police in 2010.

Flanked by incumbent PAS MP Khalid Samad, the family’s decision to sue will provide Pakatan Rakyat (PR) fodder in the campaign for Shah Alam, now a major focus of Election 2013 after Barisan Nasional (BN) named controversial Islamic firebrand Zulkifli Noordin as its candidate there yesterday.

Wednesday, April 10, 2013

PRU 13 - 5 Mei 2013


PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menetapkan tarikh bagi penamaan calon Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) adalah pada 20 April manakala hari mengundi pula pada 5 Mei depan.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Yusof mengumumkan demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas suruhanjaya itu di ibu pejabat SPR di sini, sebentar tadi.

Pada 3 April lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengisytiharkan pembubaran Parlimen bagi memberi laluan PRU13 diadakan.

Aishah calon Parlimen Jempol


Pas mengumumkan Timbalan Presiden parti itu, Mohamad Sabu akan bertanding di kerusi Parlimen Pendang, manakala Naib Presidennya, Datuk Husam Musa pula di Putrajaya, yang kini disandang oleh Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Tengku Adnan juga merupakan Setiausaha Agung Umno.

Husam, yang juga Exco Kerajaan Negeri Kelantan, sebelum ini disebut-sebut akan diturunkan di Putrajaya.

Wednesday, April 3, 2013

Detik penting PRU 2008 hingga 2013

Grafik Sinar
Parlimen dibubar berkuat kuasa hari ini, sekali gus membuka laluan bagi Pilihan Raya Umum ke-13 yang dinanti oleh seluruh negara sejak dua tahun lalu.

Pembubaran diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet.

Tuesday, April 2, 2013

Parlimen bubar esok?

Image Malaysiakini
Updated 3 Apr 2013 11.45 Bakal Ketua Pembangkang, Najib baru sahaja mengumumkan pembubaran parlimen sebentar tadi. Ini akan memberi laluan kepada PRU ke 13 yang berkemungkinan akan diadakan pada penghujung bulan April ini.
--------------------------
Pada Ceramah Jelajah Merdeka Rakyat di sini malam tadi, Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, KEADILAN dan parti komponen Pakatan Rakyat tiada sebarang masalah jika pembubaran berlaku seawal hari ini.
“Ada orang jangka (bubar) esok (hari ini), tapi dengarnya mungkin tidak. “(Tetapi sama ada) Esok atau minggu depan, kita akan bagi anda (Najib) jawatan baru, (iaitu) Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia,” katanya disambut sorakan 2,000 hadirin di Kampung Datuk Sulaiman Menteri, Majidee.

Monday, April 1, 2013

Ketua Kampung, 30 ahli UMNO sertai PAS di Jempol


Felda Raja Alias, Jempol, N9
JEMPOL: Siri jelajah Negara Berkebajikan di Negeri Sembilan semalam menerima kemasukan 30 pemuda Umno ke dalam PAS yang disaksikan oleh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Penyerahan borang permohonan keahlian PAS itu diadakan di Felda Raja Alias pada lokasi terakhir ceramah jelajah Negara Berkebajikan di Negeri Sembilan yang dihadiri kira-kira 1,000 orang.

Friday, March 29, 2013

Bila nak bubar?

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak gagal bertemu dengan tarikh untuk membubarkan parlimen setelah satu setengah tahun sebenarnya adalah kerana tekanan dalam Umno.

Sebenarnya, Najib dah ada tarikh bubar sejak 2011 yang boleh membawa kemenangan kepada BN.

Tapi mengapa Najib masih tidak bubar sehingga kini?

Ini kerana beliau sedang menunggu tarikh bubar yang membolehkan BN menang dan isteri beliau Datin Rosmah Mansor boleh kekal sebagai isteri Perdana Menteri.

Monday, March 25, 2013

Awas! Bahaya memilih UMNO BN pada PRU13

Jangan sampai rakyat tertipu lagi. Pengalaman lepas menunjukkan sebaik saja pilihanraya umum tamat dan kemenangan di peringkat pusat berpihak kepada BN, kerajaan BN telah mengambil peluang itu untuk menaikkan harga barang-barang keperluan rakyat!

Dan ia akan berulang lagi selepas PRU13 jika kita masih memilih BN. Sudah menunggu:


Monday, March 18, 2013

Imam Muda kini bersama PAS

6 Imam Muda (Astro Oasis) sertai PAS
Seramai enam tokoh Imam Muda mengisytiharkan sokongan kepada PAS sempena Xpresi Ulama Muda Haraki yang berlangsung di Maahad Ehya Asy Syarif Gunung Semanggol, Perak. 

Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr Khairudin Aman Razali mengumumkan perkara itu di pentas expresi tersebut.
Ust Zamri Zainal Abidin Ikim.fm juga isytihar diri menyertai PAS
Mohd Fakhrurrazi Hussin mewakili 6 orang Imam Muda berucap dan menyatakan sokongan mereka yang tidak berbelah bahagi dan berikrar akan turut membantu perjuangan Islam sehinggalah bumi Allah dapat diimarahkan dengan syariat-Nya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...